Haraf mohon maaf diatas masalah teknikal, maka bermulanya pada hari ini 15 OGOS 2011 blog http://rhu-rendang-kita.blogspot.com berpindah ke alamat baru iaitu http://rhurendangkita.blogspot.com, sepertimana dipaparkan disenarai tercatat disebelah blog ini. Namun begitu anda masih boleh melayari blog tersebut untuk rujukkan saja. Selamat berpuasa dan menyambut hari lebaran yang akan tiba. Sekian terima kasih.
Isnin, 15 Ogos 2011
Ahad, 14 Ogos 2011
Dana Raya - Terengganu Peruntuk RM50 Juta Untuk 160,000 Keluarga Miskin

Sempena Aidilfitri tahun ini, seramai 160,000 keluarga di seluruh negeri Terengganu layak menerima bantuan dana raya berbanding 150,000 pada tahun lepas.
Berikutan itu, Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini kepada golongan miskin di negeri ini.
Sabtu, 13 Ogos 2011
Tindakan Pantas Bapa Gagalkan Cubaan Culik
![]() |
| Gambar hiasan |
BESUT, 13 Ogos (Bernama) -- Tindakan pantas seorang bapa melaporkan kepada polis kejadian anak gadisnya dilarikan oleh tiga pemuda yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berjaya menyelamatkan anaknya itu daripada menjadi mangsa culik.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata dalam kejadian pukul 9.15 malam tadi, bapa berumur 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu terdengar jeritan anak gadisnya yang ketika itu sedang membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumah mereka di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut.
Jumaat, 12 Ogos 2011
LAWATAN KEBAJIKAN DIBULAN RAMADHAN - DUN RHU RENDANG
Marang 12 Ogos 2011 (Jumaat) - Disamping menjalani ibadah puasa di Ramadhan yang mulia ini, tidak ketinggalan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Ketua Wanita / Puteri UMNO dan rombongan menziarahi mereka-mereka yang mengidap penyakit kronik disekitar kawasan Peti Undi Rhu Rendang.
Kesuburan wanita Terengganu melebihi paras nasional
“ Kajian menunjukkan 3.3 anak bagi setiap wanita di negeri ini berbanding 2.3 anak untuk Malaysia,” katanya kepada pemberita sebaik selesai memberi taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said serta Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman hari ini.
Khamis, 11 Ogos 2011
Bonus Raya Untuk 20,000 Kakitangan Kerajaan Negeri
Kerajaan negeri Terengganu semalam mengumumkan pemberian bonus kepada kira-kira 20,000 kakitangannya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan berita baik itu berkata, bonus RM500 tersebut diberikan kepada semua kakitangan awam termasuk daripada badan berkanun negeri dan pesara.
Rabu, 10 Ogos 2011
Rakyat setuju kerajaan tambah pakej umrah
| Suasana kepulangan sebahagian daripada 450 orang mengikuti umrah melalui penerbangan terus dari Madinah ke Kuala Terengganu |
Rata-rata umat Islam di negeri ini bersetuju dengan inisiatif Kerajaan Terengganu untuk menyediakan lebih banyak penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Madinah atau Jeddah bermula tahun depan.
Selasa, 9 Ogos 2011
Kerajaan Agih Dana Raya Minggu Ketiga

Kerajaan negeri akan mula mengagihkan bantuan dana khas raya pada minggu ketiga Ramadan untuk memberi peluang rakyat membuat persiapan menjelang hari raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, setakat ini masih dalam peringkat mengemaskini senarai nama mereka yang layak menerima dana berkenaan.
Isnin, 8 Ogos 2011
Gunakan Kesempatan Ramadan Untuk Perkukuh Perpaduan

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa masyarakat Islam agar memperkukuh semangat perpaduan sempena kedatangan Ramadan sambil mengelakkan sesuatu yang boleh merenggangkan hubungan mereka dengan masyarakat bukan Islam.Muhyiddin berkata bulan Ramadan merupakan kesempatan terbaik untuk melaksanakan amalan tersebut.
Ahad, 7 Ogos 2011
25,000 Murid Sekolah Rendah, Pra Sekolah Di Terengganu Khatam Al-Quran Oktober Ini

KUALA TERENGGANU: Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan mengadakan program khatam al-Quran yang membabitkan sejumlah 25,000 kanak-kanak Oktober ini.
Pengarahnya, Md Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, seramai 7,000 kanak-kanak prasekolah YIT, Kemas dan Jabatan Perpaduan, manakala 18,000 lagi murid sekolah rendah.
"Program ini salah satu usaha untuk menyemarakkan syiar Islam di negeri ini," katanya kepada Bernama.
Sabtu, 6 Ogos 2011
Keanggotaan Puteri Umno Kini 360,000 Orang

Usaha agresif Pergerakan Puteri Umno dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakan itu kini mencecah 360,000.
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.
Jumaat, 5 Ogos 2011
WWF Gesa Kerajaan Terengganu Siasat Sumber Telur Penyu Di Pasar Payang

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos (Bernama) -- WWF-Malaysia meminta kerajaan Terengganu supaya menyiasat sumber asal telur penyu yang banyak dijual di Pasar Payang di sini.
Gesaan badan itu susulan kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Santuari Penyu Terengganu Datuk Mazlan Ngah sebelum ini bahawa telur terbabit bukan telur tempatan, sebaliknya dari Sabah, Sarawak dan Filipina.
Gesaan badan itu susulan kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Santuari Penyu Terengganu Datuk Mazlan Ngah sebelum ini bahawa telur terbabit bukan telur tempatan, sebaliknya dari Sabah, Sarawak dan Filipina.
Khamis, 4 Ogos 2011
Rakyat Gaza Sambut Ramadan Di Tengah-Tengah Kemerosotan Ekonomi

SEMENANJUNG GAZA: Bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam di seluruh dunia bukan sahaja kerana ia merupakan bulan yang diberkati tetapi juga ia waktu keluarga berkumpul untuk berbuka puasa yang dihidangkan dengan makanan yang banyak.
Namun keadaan adalah berbeza di Gaza yang berada di bawah sekatan Israel. Rakyat Gaza berpuasa di tengah-tengah kemerosotan ekonomi dan bulan Ramadan adalah lebih sukar bagi mereka ekoran perbelanjaan yang meningkat dua hinggatiga kali ganda daripada kebiasaan.
Rabu, 3 Ogos 2011
‘Mungkin ini Ramadan terakhir’

KUALA TERENGGANU - Umat Islam disarankan meningkatkan amal ibadat dan berusaha menjadikan Ramadan kali ini sebagai Ramadan yang terbaik.
Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, kedatangan Ramadan al-Mubarak seharusnya digunakan sebaiknya-baiknya dan jangan ‘mengotorinya’ dengan keingkaran kita dengan melanggari perintah Allah.
Selasa, 2 Ogos 2011
Bakal Pengantin Dinasihati Berwaspada Terhadap Pakej Pengantin Meragukan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan dinasihati agar berwaspada terhadap tawaran yang 'terlalu indah untuk dipercayai' ketika membeli pakej pengantin, terutamanya daripada syarikat pengantin di luar negara.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong berkata pasangan berkenaan perlu memastikan bahawa syarikat pengantin mempunyai latar belakang yang kukuh dan bagi firma asing, mereka seharusnya mempunyai ibu pejabat di negara asal selain cawangan kedai pengantin di Malaysia.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong berkata pasangan berkenaan perlu memastikan bahawa syarikat pengantin mempunyai latar belakang yang kukuh dan bagi firma asing, mereka seharusnya mempunyai ibu pejabat di negara asal selain cawangan kedai pengantin di Malaysia.
Kerajaan tambah dana raya 10 peratus
Kerajaan Terengganu akan menambah peruntukan bantuan Hari Raya kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh negeri sebanyak 10 peratus tahun ini memandangkan jumlah penerimanya semakin meningkat, terutama mereka yang baru mendirikan rumah tangga.
Isnin, 1 Ogos 2011
Lebih banyak penerbangan terus ke Mekah
| YB Haji Ahmad Razif bermesra dengan Umat Islam yang mengerjakan umrah melalui penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu - Madinah. |
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sebanyak 10 hingga 15 trip umrah dirancang pada tahun depan bagi membawa penduduk Pantai Timur mengerjakan umrah di Tanah Suci.
Ahad, 31 Julai 2011
PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA PPPD RHU RENDANG - BHG. II
PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA PPPD RHU RENDANG - BHG. I
Marang 30/07/2011 - Perlawanan akhir bolasepak piala Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang telah diadakan di Padang Bola Majlis Daerah Marang, Terengganu bermula jam 5.15 petang. Perlawanan diantara Pasukan Kg. Sentol Patah dengan Kg. Medan Jaya. Kedua-dua pasukan merebut piala serta wang tunai RM4,000, manakala tempat kedua akan menerima wang tunai RM3,000.
Sabtu, 30 Julai 2011
SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA (JADUAL WAKTU BERPUASA DAN IMSAK 1432H)
Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku sekeluarga, mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua masyarakat kawasan Peti Undi DUN Rhu Rendang serta umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
Langgan:
Catatan (Atom)




