Sabtu, 14 Mei 2011

Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Marang


Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Marang, Terengganu telah diadakan pada 14 Mei, 2011 mulai jam 9.00 pagi di Dewan Semarak, Kelulut, Marang.  Seramai lebih kurang 200 orang ahli persatuan hadir dimesyuarat yang diadakan dan dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Marang.

PESTA PANTAI KELULUT, MARANG, TERENGGANU

Gerai Majlis Daerah Marang
Pesta Pantai Kelulut adalah acara kalendar dimana setiap tahun diadakan demi untuk memperkenalkan kepada masyarakat sekeliling terdapatnya beberapa agensi kerajaan yang berkhidmat di Daerah Marang. Selain daripada itu memperkenalkan produk-produk penduduk tempatan untuk dipasarkan kepada pengunjung-pengunjung serta para pelancong yang datang ke Daerah Marang.

Pas Tidak Tahu Jaga Perasaan Orang - MB


Kuala Terengganu, 11 Mei- Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad bin Said menyelar sikap pemimpin dan penyokong Pas yang tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang lain.
Beliau berkata, Pas sentiasa "mengacau" setiap kali UMNO mengadakan majlis atau program dengan memasang bendera parti itu di kawasan berkenaan diadakan.
Katanya, perkara ini turut berlaku sewaktu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak melawat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Manir baru-baru ini.

Industri Petrokimia Pulau Kerengga perlu diteruskan


YB Haji Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) meminta agar projek industri petrokimia di Pulau Kerengga bernilai RM10 bilion yang dirancang pada 1993 melibatkan Kerajaan Terengganu dan Syarikat Asia Pacific Refinery (APR) diteruskan supaya daerah Marang turut mendapat faedah hasil pelaburan tersebut.

Katanya, satu perjanjian persefahaman (MoU) sudahpun ditandatangani bagi melaksanakan projek itu yang bertujuan membangunkan kawasan Pulau Kerengga dan mengunjur ke Sungai Merchang, Marang dengan keluasan kira-kira 4,000 hektar.

Kursus Memantapkan Guru-Guru KAFA Kawasan Parlimen Marang


Melaka  12 MEI 2011 - Kursus memantapkan guru-guru KAFA bagi Parlimen Marang, Terengganu telah diadakan di Hotel Seri Costa, Melaka.  Kursus telah dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu.  Seramai 195 orang peserta telah hadir dimana kursus bermula pada 12 - 14 MEI 2011.

Blogg baru boleh di update - masaalah teknikal peringkat global.


Selama dua hari semua blog-blog diseluruh dunia tidak dapat di update diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Alhamdullilah pada hari ini 14/05/2011 masalah yang dihadapi oleh semua blogger berakhir.

Rabu, 11 Mei 2011

UMNO Sambut Ulang Tahun Ke-65 Penuh Cabaran Getir


KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Rabu adalah ulang tahun ke-65 kelahiran Umno yang bukan saja menyaksikan ia terus menjadi tunjang pemerintahan negara tetapi terpaksa berdepan banyak cabaran yang tidak kurang getirnya berbanding waktu penubuhannya.

Antara cabaran getir itu ialah Umno harus menangani perpecahan bangsa Melayu yang kini terbahagi tiga, selain terpaksa berdepan dengan cabaran demi cabaran luaran yang walaupun sedikit tetapi semakin jelas sehingga berani mempertikaikan ketuanan Melayu, Bumiputera dan Islam.

Umno Perlu Mantapkan Persiapan Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) --Seluruh anggota parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.

"Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke-65 yang akan disambut esok.
Perdana Menteri berkata badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu.

Kerajaan belanja RM121 juta biaya sistem perparitan


Kerajaan negeri telah membelanjakan RM121 juta di bawah projek pembinaan sistem perparitan seluruh negeri dalam tempoh 2005 hingga 2010.

Perbelanjaan berkenaan membabitkan projek pembinaan baru dan penambahbaikan projek asal yang sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Kerajaan terima royalti RM938 juta


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu tidak ada terma dan perjanjian baru akan dibuat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan berhubung royalti minyak yang diterima Kerajaan Terengganu.

Selasa, 10 Mei 2011

Wujud lebih banyak Taska di tempat kerja


Kerajaan negeri berharap lebih banyak Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dapat diwujudkan terutama di tempat kerja yang dikendalikan oleh jabatan atau agensi masing-masing.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, urusan melatih guru-guru dan pelaksanaan kurikulum yang berkesan boleh diserahkan kepada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu.

“YPK telah bertindak proaktif dalam menerapkan pendekatan selain penglibatan ibu bapa bagi membantu perkembangan kejiwaan kepada anak-anak di peringkat awal,” katanya di majlis Perasmian Bangunan Taska Permata Teluk ketapang, Seberang Takir semalam.

Isnin, 9 Mei 2011

UMNO Terengganu Kuat Dari Segi Penyatuan, Organisasi


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Barisan Nasional mampu merampas kembali Selangor dari pembangkang jika semua anggotanya bersatu dan tidak mementingkan kedudukan.

Beliau berkata kekalahan BN ketika tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008 harus dijadikan iktibar bagi memperbaiki kelemahan parti.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata perkara sedemikian pernah berlaku di Terengganu ketika BN cuba merampas semula negeri berkenaan dari PAS.

MAHKAMAH YANG UZUR SEJAK 70 TAHUN - TIDAK DIAMBIL PEDULI !!!


MARANG - Arus pembangunan persekitaran dipertingkatkan, pengumuman keputusan daripada Audit SIRIM, Majlis Daerah Marang memperolehi MS ISO 9001 : 2001.   Tapi apa yang berlaku disebaliknya bangunan Mahkamah Daerah Marang terletak didalam kawasan Majlis Daerah Marang dibiar begitu saja.

UMNO mampu satukan Melayu Muslim di Malaysia! – Tun Mahathir

Pagi tadi saya berpeluang lagi untuk menemui negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir pada majlis perasmian Persidangan Tahunan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras. Bukan senang saya nak berjumpa dengan insan istimewa seperti Tun M, sebulan sekali pun payah!
Meskipun Tun M agak lewat pada hampir pukul 12 tengahari ekoran baru tiba dari Kota Kinabalu dan isterinya, Tun Siti Hasmah, kurang sihat dan terpaksa dihantar untuk menerima rawatan dihospital, saya tetap tidak berganjak walaupun sudah tiba di Dewan tersebut sejak jam 8.30 pagi lagi.
Ternyata ucapan Tun M masih lagi bertenaga, “padat berisi” dan tajam. Ucapannya kali ini lebih berkisar mengenai perpaduan umat Melayu Islam dan hala tuju UMNO sebagai sebuah parti politik. Cukup menarik!

Ahad, 8 Mei 2011

Rupanya wujud kumpulan pro dasar kerajaan dalam PAS..!


PAS bakal mengadakan Muktamar tahunannya yang dijadualkan pada Jun ini. Sebelum ini, Muktamar PAS dikejutkan dengan cadangan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Hj. Hadi Awang dan disokong kuat oleh Timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, serta ramai golongan pro-ulama’ PAS.

Namun malangnya, agenda yang bakal menyatukan umat Islam yang sudah lama terpecah hanya disebabkan oleh ideologi politik yang berbeza itu telah dibantah keras oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, dan para Erdogan yang semakin menguasai parti itu. Malah, Nik Aziz turut menghalau Nasharuddin keluar dari PAS untuk menyertai UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...