Jumaat, 12 Ogos 2011

LAWATAN KEBAJIKAN DIBULAN RAMADHAN - DUN RHU RENDANG


Marang 12 Ogos 2011 (Jumaat) - Disamping menjalani ibadah puasa di Ramadhan yang mulia ini, tidak ketinggalan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Ketua Wanita / Puteri UMNO dan rombongan menziarahi mereka-mereka yang mengidap penyakit kronik disekitar kawasan Peti Undi Rhu Rendang.


Sumbangan berbentuk wang tunai serta barangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Nik Dir kepada penerima bagi mengurangkan beban yang ditanggung, berlebih-lebih lagi ketibaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang tidak berapa lama lagi.

Kunjungan pertama - Cik Sakinah binti Zakaria, 41 tahun, mengidap penyakit TB dan Tiroid sejak beberapa tahun yang lalu.  tinggal dialamat C-248, Kg. Kijing, Marang, Terengganu.


Kunjungan Kedua - En. Ali bin Taib, 80 tahun dan isteri Puan Habsah binti Salleh, 74 tahun, tinggal di alamat Lot. 3976, Jalan Asrama, Taman Hidayah, 21600 Marang, Terengganu.  Kedua-dua suami isteri ketika ini terlantar diperbaringan dan tidak mampu untuk membuat sesuatu termasuk melaksanakan kerja-kerja rumah, hanya memerlukan bantuan daripada jiran-jiran serta anak-anak.  En. Ali adalah bekas polis sebelum merdeka, Bekas Pengerusi Persatuan Nelayan Marang, Bekas Ahli Majlis Bandaran Marang dan juga Bekas Bendahari UMNO suatu ketika dahulu.  Keadaan beliau menjadi lebih serious sejak 3 bulan yang lalu kerana terjatuh dan mengalami penyakit tulang belakang.




Kunjungan Ketiga - Cik Siti Sharifah binti Mat Sulong, 29 tahun, tinggal di Lot. 2617A, Kg. Tertak Batu, 21600 Marang, Terengganu. Mengidap penyakit Injap Bocor serta masalah jantung.  Berulang ke IJN untuk mendapatkan rawatan susulan sebulan 3 kali.  Oleh kerana masalah kewangan, maka usaha untuk meneruskan rawatan tidak dilaksanakan dengan sempurna.



Kunjungan Keempat - Puan Wook binti Mohamad, 68 tahun, mengidap penyakit lelah dan kencing manis, tinggal di 106-B, Kg. Rhu Muda, Marang, Terengganu.



Kunjungan Kelima - Hajjah Ara binti Muda, 84 tahun, tinggal dialamat Kg. Kelulut, 21600 Marang, Terengganu.  Tinggal bersama-sama anak lelaki nya yang masih belum berumah tangga dan mengidap penyakit lutut serta kaki akibat daripada terjatuh semasa membuat tugas seharian.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...