Sabtu, 30 April 2011

KEJOHANAN BOLASEPAK PIALA PEGAWAI PEMBANGUNAN DUN RHU RENDANG 2011


Perasmian kejohanan sepatutnya berlangsung pada 28/04/2011 jam 5.00 petang di Padang Majlis Daerah Marang yang dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, YBhg Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Namun begitu perasmian telah dicemari dengan ketidak hadiran satu pasukan yang sepatutnya memulakan perlawanan semasa perasmian.  Pasukan perasmian kejohanan adalah Pasukan Kg. Baru Rhu Muda A melawan Pasukan Rusila (tidak hadir).

Jumaat, 29 April 2011

Kunjungan Mesra Kawasan DUN Rhu Rendang - Pessakit Lumpuh


Kunjungan mesra Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku keatas penduduk yang kurang bernasib baik (mengidap penyakit lumpuh) dikawasan Rusila, Marang, Terengganu telah diadakan pada hari ini 29 APR 2011 mulai jam 10.00 pagi.   Diantara mereka-mereka itu adalah:

Wujud koperasi kariah masjid seluruh negara menjelang 2012

Kerajaan mensasarkan kesemua 6,600 masjid seluruh negara akan menubuhkan koperasi kariah masjid masing-masing menjelang 2012.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi memastikan hasrat itu tercapai kempen satu komuniti satu masjid akan dijalankan bermula dari sekarang agar setiap masjid dapat mewujudkan koperasi di kawasan masing-masing.

Khamis, 28 April 2011

Penjawat awam diminta bersama MB capai objektif “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”

Menteri Besar ketika Pelancaran Buku Tiga Tahun Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan
semasa Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman


Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Haji Mazlan Ngah, mengajak jentera pentadbiran negeri, terutama penjawat awam untuk bersama-sama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mencapai objektif dan matlamat “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti petikan ucapan Menteri Besar sempena Majlis Perjumpaan Menteri Besar dengan kakitangan awam negeri pada 17 April 2008 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.

Wakaf untuk nelayan disediakan di LKIM Marang


Demi keprihatinan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Marang YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah menyediakan sebuah WAKAF BARU berdekatan dengan JETI LKIM bagi memberi kemudahan kepada para nelayan untuk berihat setelah berpenat lelah keluar mencari rezeki.

40,000 rakyat dijangka sertai program lawatan PM


Lebih 40,000 penduduk termasuk urusetia dijangka terlibat dalam lawatan sehari Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 30 April ini (Sabtu).

Rabu, 27 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Pulau Kerengga Kali Ke-25

YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku sedang menyampaikan
ucapan serta merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Pulau Kerengga
Majlis perasmian berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, Marang, Terengganu bermula dari jam 2.00 petang.  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.  Turut hadir Guru Besar En. Mohd. Maulud bin Hashim, Yang Di Pertua PIBG En. Razak bin Endut serta Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang.

KEMUDAHAN ASAS UNTUK ANAK-ANAK MEDAN JAYA


Pembinaan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAK) di Medan Jaya, Marang, Terengganu sedang giat dijalankan bermula pada 01/07/2010 dan jangka siap pada bulan Ogos, 2011.  Pusat tersebut dijangka dapat menampung seramai lebih kurang 50 orang kanak-kanak bagi satu-satu masa.

Selasa, 26 April 2011

BKKM Cadang 15 Menu Makanan Dilarang Penjualan Di Sekolah, Diganti 60 Makanan Berkhasiat

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan telah mencadangkan sebanyak 15 jenis makanan yang dikategori sebagai tidak sihat dilarang dijual di kantin sekolah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Makanan yang dikategorikan tidak sihat termasuklah mee segera, gula-gula, makanan berjeruk, makanan mengandungi perisa tiruan, makanan diproses seperti daging burger dan minuman berkarbonat, katanya.

Isnin, 25 April 2011

AL-FATIHAH - Al-Marhumah Hajjah Tengku Zaharah binti Tengku Abd. Rahman - Medan Jaya

Al-Marhumah Hajjah Tengku Zaharah binti Tengku Abd. Rahman, 83 tahun telah meninggal dunia pada hari ini jam lebih kurang 9.00 pagi diterataknya D1/309, Lorong 2, Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu.  Al-Marhumah meninggal dunia kerana sakit tua.

Turut hadir menziarahi jenazah Al-Marhumah Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, serta Dato' KUZA, En. Razali Idris.

Larian pesisir pantai acara baru Kapas-Marang Swimathon tahun 2012



Kerajaan negeri berhasrat menambah disiplin pertandingan `Kapas-Marang International Swimathon’ dengan acara larian sejauh kira-kira 50 kilometer, bermula dari Pantai Rantau Abang ke Pantai Kelulut, Marang, tahun depan.

Lapan Juvana Mengaku Salah Belasah Pelajar Sekolah Agama

Mangsa Samseng Sekolah

Lapan pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun pada Ahad mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh kawasan sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah agama pada 7 April lalu. 

Kesemua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang pelajar Tingkatan Empat dan tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di Marang. 
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Insp Mahathir Mohd Yusof secara tertutup di hadapan Majistret Nur Azizah Yusoff. 

Ahad, 24 April 2011

Perdana Menteri Mahu Kontraktor Patuhi Tiga Ciri Penting

PEKAN, 23 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kontraktor di negara ini perlu mematuhi tiga ciri penting dalam usaha memastikan setiap projek pembangunan terutamanya untuk kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Perdana Menteri berkata tiga ciri penting itu ialah berkaitan kualiti kerja, pelaksanaan projek mengikut jadual dan mematuhi bajet yang ditetapkan.

"Berdasarkan tiga kriteria ini, mereka mesti menguruskan projek dengan sebaik mungkin, saya sarankan pentingnya keilmuan dan kemahiran (dalam) menguruskan projek daripada (peringkat) mula.

Polis Tidak Lagi Bersembunyi Laksana Operasi Trafik


SHAH ALAM, 23 April (Bernama) -- Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini Sabtu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...