Sabtu, 13 Ogos 2011

Tindakan Pantas Bapa Gagalkan Cubaan Culik

Gambar hiasan

BESUT, 13 Ogos (Bernama) -- Tindakan pantas seorang bapa melaporkan kepada polis kejadian anak gadisnya dilarikan oleh tiga pemuda yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berjaya menyelamatkan anaknya itu daripada menjadi mangsa culik.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata dalam kejadian pukul 9.15 malam tadi, bapa berumur 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu terdengar jeritan anak gadisnya yang ketika itu sedang membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumah mereka di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut.

Jumaat, 12 Ogos 2011

LAWATAN KEBAJIKAN DIBULAN RAMADHAN - DUN RHU RENDANG


Marang 12 Ogos 2011 (Jumaat) - Disamping menjalani ibadah puasa di Ramadhan yang mulia ini, tidak ketinggalan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Ketua Wanita / Puteri UMNO dan rombongan menziarahi mereka-mereka yang mengidap penyakit kronik disekitar kawasan Peti Undi Rhu Rendang.

Kesuburan wanita Terengganu melebihi paras nasional


Kadar kesuburan wanita di Terengganu jauh lebih tinggi berbanding paras nasional, kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dato’ Hajah Aminah Abdul Rahman.


“ Kajian menunjukkan 3.3 anak bagi setiap wanita di negeri ini berbanding 2.3 anak untuk Malaysia,” katanya kepada pemberita sebaik selesai memberi taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said serta Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman hari ini.

Khamis, 11 Ogos 2011

Bonus Raya Untuk 20,000 Kakitangan Kerajaan Negeri



Kerajaan negeri Terengganu semalam mengumumkan pemberian bonus kepada kira-kira 20,000 kakitangannya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan berita baik itu berkata, bonus RM500 tersebut diberikan kepada semua kakitangan awam termasuk daripada badan berkanun negeri dan pesara.

Rabu, 10 Ogos 2011

Rakyat setuju kerajaan tambah pakej umrah

Suasana kepulangan sebahagian daripada 450 orang mengikuti umrah melalui penerbangan terus dari Madinah ke Kuala Terengganu

Rata-rata umat Islam di negeri ini bersetuju dengan inisiatif Kerajaan Terengganu untuk menyediakan lebih banyak penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Madinah atau Jeddah bermula tahun depan.

Selasa, 9 Ogos 2011

Kerajaan Agih Dana Raya Minggu Ketiga


http://beritametro.net/wp-content/uploads/2011/05/Hari-Raya-Aidilfitri-Merdeka-2011.jpg
Kerajaan negeri akan mula mengagihkan bantuan dana khas raya pada minggu ketiga Ramadan untuk memberi peluang rakyat membuat persiapan menjelang hari raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, setakat ini masih dalam peringkat mengemaskini senarai nama mereka yang layak menerima dana berkenaan.

Isnin, 8 Ogos 2011

Gunakan Kesempatan Ramadan Untuk Perkukuh Perpaduan


PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa masyarakat Islam agar memperkukuh semangat perpaduan sempena kedatangan Ramadan sambil mengelakkan sesuatu yang boleh merenggangkan hubungan mereka dengan masyarakat bukan Islam.Muhyiddin berkata bulan Ramadan merupakan kesempatan terbaik untuk melaksanakan amalan tersebut.

Ahad, 7 Ogos 2011

25,000 Murid Sekolah Rendah, Pra Sekolah Di Terengganu Khatam Al-Quran Oktober Ini

KUALA TERENGGANU: Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan mengadakan program khatam al-Quran yang membabitkan sejumlah 25,000 kanak-kanak Oktober ini.
Pengarahnya, Md Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, seramai 7,000 kanak-kanak prasekolah YIT, Kemas dan Jabatan Perpaduan, manakala 18,000 lagi murid sekolah rendah.
"Program ini salah satu usaha untuk menyemarakkan syiar Islam di negeri ini," katanya kepada Bernama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...