Sabtu, 28 Mei 2011

PROGRAM PERINTIS LATIHAN KESEDARAN DAN KESELAMATAN BENCANA AWAM

Program berlangsung di Pentas Utama Pekan Budaya, Kelulut, Marang, Terengganu pada 28 Mei 2011 jam 11.00 pagi dimana penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Peserta terdiri daripada Pelajar Kolej Inforana Daerah Marang, Jabatan Pendidikan Daerah Marang dan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Marang.  Peserta-peserta berkemah ditepian pantai Kelulut selama 3 hari bermula pada 26 Mei 2011 dan telah didedahkan dengan Pameran, Demostrasi, Ceramah Agama, Pertunjukan Keselamatan dan latihan.

Jumaat, 27 Mei 2011

Utamakan Rakyat, Ketepikan Agenda Bahagian

KUALA LUMPUR,  27 Mei – Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan semua pemimpin bahagian bahawa mereka mesti utamakan rakyat kerana UMNO wujud berlandaskan strukturnya yang telah dibina selama ini berteraskan kumpulan sasar untuk meyakinkan rakyat.

Katanya, ukuran mutlak dalam sistem demokrasi berparlimen adalah memenangi pilihan raya dan untuk membentuk kerajaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...