Sabtu, 18 Jun 2011

PANAS: KJ tak gentar amaran Hishamudin

PANAS: KJ tak gentar amaran Hishamudin

Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.
Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.

Anak Perempuan Najib, Nooryana Najwa, Bertunang Dengan Daniyar Nazarbayev

View Image

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.

Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan menghadiri majlis itu.

Jumaat, 17 Jun 2011

Lelaki Mati Minum Berbalang Air Dalam Rawatan Bomoh Wanita

View Image

KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia selepas menerima rawatan daripada seorang bomoh wanita warga Thailand di Pulau Rusa, Kuala Terengganu, di sini malam Rabu.

Lelaki berumur 26 tahun itu dihantar ke rumah bomoh berkenaan oleh bapanya untuk berubat pada 7.45 malam, dan bomoh wanita berusia 43 tahun itu kemudian memaklumkan bahawa pesakit itu terkena buatan orang.

Khamis, 16 Jun 2011

Warga Singapura Didakwa Rasuah Lima Pemain Bola Sepak T-Team

View Image
SEREMBAN, 15 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki warganegara Singapura dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lima pertuduhan memberi rasuah bernilai RM23,000 kepada pemain bola sepak Piala Presiden T-Team bagi mengatur keputusan perlawanan dengan pasukan Negeri Sembilan pada Mei tahun lepas.


Rabu, 15 Jun 2011

Anwar Pergunakan Bersih 2 Untuk Alih Tumpuan Kes Bicara Liwatnya



KUALA LUMPUR 13 Jun — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempergunakan demonstrasi jalanan pada 9 Julai ini untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap kes yang sedang dihadapi. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin menyatakan bahawa demonstrasi jalanan yang dicadang itu mungkin berhubung kait dengan perbicaraan kes liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim. “Demonstrasi Bersih 2 mempunyai niat jahat dan mempunyai agenda lain, kita jangan lupa Anwar Ibrahim akan berhadapan dengan pembelaan, saya kenal Anwar Ibrahim , Anwar akan berhadapan dengan pembicaraannya 16 Julai.

Subsidi Super Diesel Dimansuh Untuk Imbangi Kepentingan Nelayan Pantai

View Image

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Langkah kerajaan memansuhkan pemberian subsidi super diesel kepada nelayan laut dalam adalah bagi mengimbangi kepentingan dan keadilan untuk nelayan pantai yang merupakan golongan yang wajar mendapat bantuan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun kerajaan telah memansuhkan subsidi super diesel kepada nelayan laut dalam, mereka masih menikmati pelbagai insentif dan galakan yang lebih baik berbanding nelayan pantai.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh, Khamis Ini

View Image
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Selasa, 14 Jun 2011

Terengganu cuti umum Ahad


Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said mengumumkan Ahad ini (19 Jun) sebagai cuti umum bagi menghargai kejayaan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA serta kontijen negeri ini menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XVI.

“Dengan kuasa yang ada pada saya sebagai Menteri Besar, dengan ini saya mengumumkan bahawa hari Ahad ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan atlet kita,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh lebih 7,000 orang yang membanjiri Dataran Shahbandar bagi meraikan skuad Terengganu dan atlet yang menyertai kejohanan Sukma dan muncul juara kali ketiga berturut-turut.

Skuad Penyu dapat ‘durian runtuh’ imbuhan menang Piala FA


Skuad bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA, menerima ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri, sebagai ganjaran kemenangan tersebut.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata imbuhan itu merupakan ganjaran tambahan kepada para pemain dan pengurus pasukan skuad berkenaan yang sebelum ini dijanjikan hadiah berupa lawatan ke London jika mereka memenangi piala tersebut.

Ahad, 12 Jun 2011

Terengganu Julang Piala FA 2011 untuk Tuanku Mizan - Tahniah




KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Terengganu menamatkan kemarau selama 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini Sabtu malam.

Ahmad Nordin Alias menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan gol penentuan pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir.

Kali terakhir Terengganu menjulang trofi itu ialah pada 2000 setelah menewaskan Pulau Pinang melalui sepakan penalti 5-3 apabila kedudukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...