Sabtu, 11 Jun 2011

BANTUAN KEBAJIKAN - KEBAKARAN QUARTERS POLIS IPD MARANG


Marang 11/06/2011 - Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah membuat kunjungan serta menyampaikan sumbangan wang tunai keatas mangsa kebakaran di Perumahan Polis IPD Marang.  Didalam kejadian yang berlaku, hampir keseluruhan pe-ralatan rumah milik pasangan anggota polis berpangkat sarjan di Tingkat 1, Perumahan Polis  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, musnah dalam kebakaran,   pada 09/06/2011 jam lebih kurang 4.00 petang.

MAJLIS PENUTUPAN KHATAM QURAN DAN IQRA' MUKIM PULAU KERENGGA


Marang 11/06/2011 @ 1000 - Majlis Penutupan Khatam Quran dan Iqra' Mukim Pulau Kerengga berlangsung di Masjid Nahdatul Islam, Kg. Pulau Kerengga, Marang, Terengganu telah dilaksanakan oleh YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Piala FA milik siapa?


KUALA LUMPUR – Ketika Kelantan berkeras bahawa kemenangan 3-0 dalam saingan Liga Super, Isnin lalu bukan sekadar nasib, Terengganu pula menegaskan, perlawanan akhir Piala FA malam ini adalah cerita baru dan kekalahan enam hari lalu sama sekali tidak akan berulang.

Tengku Razaleigh Syor Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Syarikat Pembekal Kuasa

View Image

GUA MUSANG, 10 Jun (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Jumaat, 10 Jun 2011

Video Pilihan: Bicara Ad-Din


Pengajaran agama lebih jelas guna Kitab Matla' al-Badrain

View Image

Kerajaan negeri berharap segelintir guru agama di masjid dan surau yang sebelum ini mengajar dengan merujuk kitab tetapi berdasarkan kefahaman yang berbeza dan kemampuan sendiri, akan lebih tepat serta lancar apabila menggunakan kitab Matla’ al-Badrain Wa Majma’ al-Bahrain.

Hadiah Piala FA kepada Tuanku Mizan


“SAYA harap pemain beraksi bersungguh-sungguh demi merangkul kejuaraan Piala FA untuk dihadiahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 4 Jun lalu dan menyambut kepulangan ke Terengganu selepas tempoh perkhidmatan baginda berakhir hujung tahun ini,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Sheikh Ahmad Tajuddin Yusoff.

Khamis, 9 Jun 2011

Maidam Perkenal Kaunter Bergerak Kutip Zakat Tahun Depan

View Image

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak bermula tahun depan bagi memudahkan pembayaran zakat di negeri ini.

Yang Dipertuanya Datuk Mazlan Hashim berkata untuk itu, pihaknya kini mengubah suai sebuah van dengan kos RM180,000 yang akan bergerak dari satu daerah ke satu daerah mengikut jadual yang ditetapkan.“Van ini masih dalam peringkat pengubahsuaian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Bank Simpanan Nasional Terengganu berjumlah RM45,667 kepada Maidam, di Kuala Terengganu, Isnin.

Jabatan Perikanan Terengganu Laksana Ops Kesan Vesel Laut Dalam Langgar Syarat Lesen


Jabatan Perikanan Terengganu akan menjalankan operasi memeriksa vesel laut dalam dari Vietnam yang beroperasi di negeri ini, bagi memastikan mereka mematuhi syarat lesen.

Pengarahnya Zakaria Ismail berkata operasi itu yang dijadual bermula Isnin ini selama seminggu, dilaksanaekoran aduan yang menyatakan kebanyakan vesel terbabit tidak mendaratkan ikan di dalam negara.

Rabu, 8 Jun 2011

Nelayan Laut Dalam Banyak Nikmati Faedah

View Image

BERNAMA : 7 Jun - Nelayan laut dalam yang memegang lesen C2 merupakan golongan nelayan yang menikmati banyak faedah walaupun mereka tidak boleh membeli diesel pada harga RM1.25 seliter mulai 1 Jun lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata golongan nelayan itu masih menikmati diesel bersubsidi yang dijual di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter selain diberikan insentif tambahan.

"Kalau bawa ikan banyak mereka dapat insentif 20 sen sekg, kalau dia boleh bawa balik 40 tan dekat RM8,000 (nilai insentif)," katanya, sambil menambah golongan nelayan itu seharusnya berterima kasih kerana menikmati pelbagai faedah.

Selasa, 7 Jun 2011

Kekalahan Yang Memalukan - Penyu Rebah 3-0 di Gelanggang Sendiri, T-Team Tersungkur 4-0 di Paroi

View Image
Padang bola yang perlu digunakan oleh Pemain Terengganu dalam latihan salepas
kekalahan yang memalukan itu.
Pertembungan dua pendahulu liga antara Kelantan dan Terengganu menyaksikan Skuad Red Warriors kembali merampas kedudukan teratas Liga Super setelah menang selesa ke atas Skuad Penyu dengan keputusan 3-0 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Berbaki dua lagi perlawanan, skuad bimbingan M.Karathu kini mengutip 50 mata bersama Terengganu namun mempunyai kelebihan dari sudut jaringan.

20,000 Tiket Piala FA Untuk Terengganu Habis Dijual


Sebanyak 20,000 tiket daripada 30,000 tiket yang diperuntukkan untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah dijual pada hari pertama jualan tiket perlawanan akhir Piala FA Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini.

Isnin, 6 Jun 2011

Terengganu melonjak tangga teratas


Terengganu terus menuai emas untuk memastikan sasaran bergelar juara keseluruhan buat kali ketiga berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia Ke-14 Kuala Lumpur menjadi milik kontinjen itu, hampir menjadi kenyataan walaupun temasya baru memasuki hari ketiga.

Ahad, 5 Jun 2011

Kawalan Ketat Pertembungan Kelantan-Terengganu



Polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu ketika berlangsung perlawanan sengit menentukan juara Liga Super antara Terengganu dan Kelantan, esok.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata seramai 648 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan bagi mengawasi keadaan di luar dan di dalam stadium bagi memastikan tiada kekacauan berlaku.

Golongan Bukan Ulama Kuasai Kepimpinan PAS Pusat

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Golongan bukan ulama menguasai kepimpinan PAS Pusat apabila golongan itu menyapu bersih jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta kebanyakan daripada 18 anggota jawatankuasa pusat dalam pemilihan sempena Muktamar PAS ke 57 di Taman Melewar di sini.

Pemimpin PAS di peringkat akar umbi, Mohamad Sabu tanpa diduga menempah kejayaan apabila merampas jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang tiga penggal Nasharuddin Mat Isa.

Mohamad, 56, yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat memperolehi 420 undi menewaskan dua calon ulama iaitu Nasharudin yang memperolehi 224 dan Pesuruhjaya PAS Pahang Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperolehi 399 undi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...