Sabtu, 30 Julai 2011

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA (JADUAL WAKTU BERPUASA DAN IMSAK 1432H)


Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku sekeluarga, mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua masyarakat kawasan Peti Undi DUN Rhu Rendang serta umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Pada tahun 2011, tarikh 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu hari Isnin dan hari Raya Aidilfitri pula bakal disambut pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa. berikut adalah senarai penuh jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk tahun 2011M bersamaan 1432H bagi kawasan seluruh Malaysia.

PROGRAM JEJAK PRIHATIN KG. TAMAN RAHMAT, PULAU KERENGGA


Marang 30/07/2011 - Bantulah mereka yang memerlukan, itu lah prinsip yang diperjuangkan oleh pertubuhan-pertubuhan sukarela termasuklah Kelab Permotoran Negeri Terengganu, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM) dan juga Bahagian Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.


Mayat bayi dalam beg tangan


SEREMBAN 29 Julai - Entah ke mana perginya sifat kemanusiaan segelintir individu yang bertindak kejam membuang bayi tidak berdosa walaupun perbuatan seperti itu sering didedahkan oleh media.

Tetapi itulah yang masih berlaku apabila seorang penunggang motosikal menemui mayat seorang bayi lelaki dalam sebuah beg tangan wanita di Kilometer 282.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran susur masuk Nilai dekat sini petang ini.

Jumaat, 29 Julai 2011

Kerajaan agih 300,000 kurma dan air zam-zam sempena Ramadan


Sebanyak 300,000 paket kurma dan air zam-zam akan diagihkan kepada umat Islam seluruh negeri sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan minggu depan.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, pengagihan berkenaan akan dibuat pada minggu pertama umat Islam berpuasa.

Khamis, 28 Julai 2011

Dokumentari Syahadah Bulan Ramadan

View Image
KUALA TERENGGANU, 26 Julai (Bernama) -- Program Dokumentari Syahadah yang diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bakal menginjak musim ketujuh Ramadan ini, mencatat rating lebih sejuta penonton setiap hari.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata jumlah tontonan yang memberangsangkan pada musim lalu itu mendorong siri berkenaan diteruskan.

Terengganu Sedia RM3.3 Juta Imarahkan Masjid Sepanjang Ramadan

View Image

KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) -- Kerajaan Terengganu memperuntukkan kira-kira RM3.3 juta bagi program mengimarahkan masjid dan surau di negeri itu sempena bulan Ramadan tahun ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata setiap masjid di negeri itu akan diberikan bantuan sebanyak RM1,000 manakala surau masing-masing memperoleh RM500.

Rabu, 27 Julai 2011

Anwar liabiliti kepada pembangkang

View Image

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pas dan DAP kini dilihat berada dalam dilema untuk meneruskan kerjasama ekoran 'orang tengah' yang bertanggungjawab dalam penyatuan dua parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, walaupun dua parti berkenaan tahu bahawa Anwar adalah satu beban, namun mereka tetap memerlukan Ketua Pembangkang itu.

Selasa, 26 Julai 2011

Peniaga jual makanan sebelum jam 3 petang bulan Ramadan akan didenda

View Image

KUALA TERENGGANU: Peniaga makanan di Terengganu yang menjual makanan sebelum pukul tiga petang pada bulan Ramadan akan dikenakan tindakan tegas.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Rozali Salleh berkata tindakan akan diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan yang telah ditetapkan kerajaan negeri. 

Yayasan Islam Terengganu Tarik Balik Biasiswa Pelajar Terlibat Perhimpunan Haram

View Image

KUALA TERENGGANU, 26 Julai (Bernama) -- Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan menarik balik biasiswa pelajar tajaannya yang terlibat dengan perhimpunan haram di Mesir pada 9 Julai lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan haram itu memberi surat tunjuk sebab bagi memberi peluang mereka membela diri.

Isnin, 25 Julai 2011

Umat Islam disaran bayar Fitrah awal

Yang Dipertua Maidam, Dato’ Senara Muda, Dato’ Haji Mazlan Hashim menunjukkan kadar Fitrah 
bagi negeri Terengganu tahun 1432H/2011M adalah RM8, RM7 dan RM5 bagi seorang

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar Fitrah bagi negeri Terengganu tahun 1432H/2011M adalah RM8, RM7 dan RM5 bagi seorang.

Yang Dipertua Maidam, Dato’ Senara Muda, Dato’ Haji Mazlan Hashim berkata, setelah mendapat perkenan daripada Pemangku Raja Terengganu,Tengku Muhammad Ismail, kadar ini dikekalkan sama seperti tahun lepas.



Ahad, 24 Julai 2011

Malaysia Tewas 3-5 Kepada Singapura Dalam Perlawanan Pertama Pusingan Kelayakan Piala Dunia

View Image

SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik nanti setelah tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini Sabtu malam.

Pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Mohd Safee Mohd Sali berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...