Sabtu, 21 Mei 2011

PERTANDINGAN BOLASEPAK VETEREN DUN RHU RENDANG


Pertandingan Bolasepak Veteren Kawasan DUN Rhu Rendang bagi merebut Piala Pusingan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang telah diadakan pada hari ini 21/05/2011 secara kalah mati.  Sambutan masyarakat setempat adalah amat menggalakkan dimana perlawanan awal pusingan kalah mati telah diadakan disebelah pagi.  Hanya empat pasukan layak ke pusingan akhir untuk merebut tempat ketiga dan keempat, manakala tempat pertama dan kedua berentap kira-kira jam 5.30 petang.

PROGRAM BISTARI KG. MEDAN JAYA


Program BISTARI Kg. Medan Jaya, Marang bermula pada hari ini 21/05/2011 jam 7.45 pagi dengan menjalankan aktiviti kecerdasan Senamrobik dan gotong-royong.  Manakala disebelah petangnya pula akan diadakan aktiviti sukaneka bertempat di Dewan Komuniti Kg. Medan Jaya, Marang, Terengganu.

Jumaat, 20 Mei 2011

Pemuda UMNO Dan Perkasa Sabotaj Demo AMK


KUALA LUMPUR, 20 Mei — NGO Perkasa akan meneruskan perhimpunan aman mempertahankan Kumpulan Utusan di ibu pejabat akhbar tersebut petang ini walaupun tampa kehadiran AMK yang melaporkan membatalkan demo di saat saat akhir.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadlian (AMK) Rozan Azen Mat Rasip berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan perhimpunan hari ini kerana mahu memberi tumpuan ke atas penyerahan memorandum di Kedutaan Australia berhubung isu loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Kontraktor disaran guna teknologi pembinaan moden

Kontraktor disaran supaya melabur dan berusaha untuk menggunakan teknologi pembinaan terkini dan tidak bergantung selamanya kepada tenaga buruh yang murah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, penggiat industri pembinaan terutama kontraktor sering kali tersepit di antara penggunaan buruh yang murah berbanding penggunaan teknologi yang menuntut kos yang lebih tinggi.

Khamis, 19 Mei 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Pesta Budaya Kelulut, Marang 2011


Majlis penyampaian hadiah Pesta Budaya Kelulut, Daerah Marang 2011 berlangsung pada 18 Mei 2011 bermula jam 10.00 malam.  Majlis diserikan dengan Pertandingan Nyanyian anjuran Nescafe 1Rasa 1Senyuman.  Selain daripada penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan nyanyian, pertandingan gerai terbaik juga turut diadakan dan berbagai-bagai lagi. 

Rabu, 18 Mei 2011

MENENTUKAN KEKUKUHAN UMNO - MELAYU WAJIB BERUBAH ???


Ahli-ahli Umno juga ramai yang bercakap tentang kawasan DUN atau Parlimen yang kononnya kubu kuat Umno tetapi setiap kali menghadapi pilihan raya, UMNO selalu kalah di kerusi berkenaan tidak kira lawan Umno tersebut Pas, Pkr atau DAP.  Kawasan majoriti Melayu yang sebelum ini boleh dikira selamat untuk Melayu sekarang tidak lagi selamat setelah pakatan Pas bersama DAP dan PKR.

Ada kawasan dalam PRU12,Umno berdepan dengan DAP dan dikawasan majoriti melayu Umno juga kalah. Kawasan majoriti Melayu juga tidak boleh menjamin kekuatan orang Melayu sekarang. Kalau sebelum ini dikawasan-kawasan pendalaman atau diluar bandar keadaan begitu tenang.


Apa yang kita nampak banyak kesalahan diletakkan kepada pengundi golongan tua Melayu yang berada dikawasan pendalaman yang agak ketinggalan dan cara berfikir yang agak unik, betulkah itu? Sebenarnya terlalu sukar untuk kita ramal, kalau dibandingkan dikawasan bandar walaupun golongan ini lebih cerdik dan berpelajaran tetapi mereka ini pula terlalu mengejar kemewahan dan lebih berkepentingan.


Fikir-fikirkan lah.

Dekati ulama, mainan politik bijak Anwar Ibrahim

Pemimpin utama pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan tekanan ekoran dikait dengan video seks dengan mengadakan kempen besar-besaran dengan mendekatkan dirinya dengan ulama.

Tokoh agama Dr Wahbah al-Zuhaili kini menjadi agamawan terbaharu dilibatkan dalam kempen untuk membersihkan imej Anwar.

Al-Zuhaili dibawa berceramah di negara ini, dalam satu usaha membina persepsi positif untuk Anwar.

Bantuan RM1 juta diperuntukan untuk belia


Warga belia di Terengganu yang aktif berpersatuan bakal menerima bantuan pentadbiran berjumlah RM1,029,000 sempena sambutan Hari Belia Negara peringkat Terengganu di Padang Astaka, Kuala Berang pada 19 Mei ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan perkara sama dengan menyampaikan replika cek kepada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said di Program Turun Padang (PTP) Perdana Menteri ke Terengganu, baru-baru ini.

Selasa, 17 Mei 2011

Kerajaan akan pasang CCTV di kawasan lumba haram


Kerajaan negeri bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan yang dikenal pasti bagi mencegah berlakunya perlumbaan haram oleh kumpulan remaja yang digelar mat rempit di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata,bila ada CCTV, gambar aksi mereka dapat dirakam dan akan panggil ibu bapa mereka untuk melihat kegiatan anak-anak mereka yang mendatang bahaya kepada orang ramai.

“Saya akan minta kerjasama pihak polis untuk kenal pasti kawasan itu dan kerajaan akan pasang CCTV,” katanya kepada pemberita selepas membuat melawat keadaan mangsa rempuhan mat rempit di Wad 5CD Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang ini.

Guru Nikmati Lima Kaedah Kenaikan Pangkat Mulai Januari Depan - Najib


KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU


Perutusan khas buat seluruh warga guru-guru seluruh Malaysia yg dihormati dan dikasihi.
Bagi pihak seluruh pimpinan dan ahli UMNO kawasan RHU Rendang mengucapkan ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU – GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA’.
Guru bukan sahaja pendidik malah merupakan pejuang ke arah kegemilangan anak anak negara malah benteng kepada Agama Islam sebagai Agama Resmi Persekutuan,Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Mempertahan Hak Pribumi dan Memertabat Istitusi Raja.
Hari Guru yang di sambut pada 16 Mei setiap tahun, dan temanya Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Jika dilihat pada tema tahun ini, jelaslah bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para guru perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan.
Kami Warga Rhu Rendang mendoakan semoga Semua Warga Guru sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT didalam meneruskan kesinambungan Bakti Untuk Rakyat dan Negara.
Jasa guru – DULU, KINI dan SELAMANYA’ tetap di kenang oleh murid muridnya yang tahu mengenang bakti luhur guru guru mereka.

Live dari Mahkamah 16/5/2011: Anwar bela diri!!!


Pada Jun 28hb, 2008, Mohd Saiful Bahri Azlan telah membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim menuduh Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang telah meliwatnya.

Keesokkan harinya, Anwar melarikan diri ke rumah Duta Turki atas alasan nyawanya terancam. Anwar turut menuduh Saiful sebagai orang yang diletak kerajaan untuk memalukannya. Pelbagai lagi helah seperti membuat saman terhadap Saiful dan menyebarkan gambar Saiful dengan pelbagai pemimpin.

Semasa itu juga timbul Sumpahan Berkanun oleh Bala terhadap Dato Seri Najib untuk melarikan lagi perhatian.

Ahad, 15 Mei 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Seberang Marang


Majlis perasmian berlangsung di Kantin Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Marang, Terengganu bermula dari jam 2.00 petang.  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.  Seramai (7) orang pelajar menerima anugerah cemerlang peperiksaan UPSR 2010.Sasaran pelajar cemerlang bagi tahun ini 2011 adalah 18 orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...