Sabtu, 2 April 2011

MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG


02 APR 2011 - Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM, PMR dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1, 2 dan 4 tahun 2010 serta Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 10 tahun 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan RUSILA, Marang, Terengganu.

Kedua-dua majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir dimajlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Marang, Yang Dipertua PIBG SMK Rusila.  Dianggarkan lebih kurang 100 orang ibu/bapa hadir bagi memeriahkan majlis.

Kerja ubahsuai DUN Terengganu siap


Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bakal berwajah baru apabila sidang DUN akan memulakan sidangnya pada 9 Mei depan.

Kini kerja-kerja pengubahsuaian dewan tersebut hampir siap dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bersidang dalam keadaan yang lebih selesa pada sidang dewan akan datang.

Speaker DUN, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, pengubahsuaian itu dikira perlu bagi memberi keselesaan kepada anggota dewan terutama di tempat duduk pegawai-pegawai kerajaan di bahagian belakang.

"Dewan itu sudah berusia 30 tahun dan sampai masanya ia perlu beri sedikit keselesaan kepada ahli yang semakin bertambah," katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dewan itu dimulakan Januari lalu, melibatkan peruntukan lebih RM2 juta.

Jumaat, 1 April 2011

Peningkatan jumlah pelancong domestik ke Terengganu


Kehadiran pelancong yang merosot daripada sasaran asal 3.5 juta pada tahun lalu tidak menjejaskan perancangan kerajaan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pelancongan sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata daripada jumlah berkenaan pelancong domestik masih menunjukkan peningkatan angka yang baik.

Solat Hajat dan Majlis Kesyukuran


Majlis Solat Hajat dan Kesyukuran Sempena Tiga Tahun YAB Dato' Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu telah diadakan di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi (30 Mac).

Lebih 100 jemaah hadir di majlis itu termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Haji A. Rahman Mokhtar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa pemimpin masyarakat.

JETI PENDARATAN LKIM MARANG


Dalam usaha Kerajaan serta PPD Marang untuk menaik taraf kemudahan penduduk Marang terutamanya nelayan tempatan, maka projek mereka bentuk dan menyiapkan bumbung serta tambahan jeti pendaratan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2 di Kompleks LKIM Marang, Terengganu sedang giat dijalankan.  Projek tersebut dijangkan siap dan dapat digunakan oleh para nelayan setempat dalam jangka masa yang terdekat.

Khamis, 31 Mac 2011

Kerajaan berhasrat adakan penerbangan umrah setiap bulan

Kerajaan negeri berhasrat mengadakan penerbangan menunaikan umrah secara terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada setiap bulan bagi memenuhi permintaan ramai umat Islam dari Pantai Timur yang mahu mengerjakan ibadat itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata penerbangan menggunakan Boeing 747 hanya mampu memuatkan 450 jemaah sahaja pada satu-satu masa, sedangkan permintaan di kalangan umat Islam untuk menunaikan ibadat itu semakin meningkat dari masa ke semasa.

Rabu, 30 Mac 2011

Sikap tidak bertanggungjawab peniaga

Blogger sempat merakamkan gambar seorang pengunjung tergelincir jatuh kerana licin disebabkan 
permukaan kaki lima dipenuhi dengan lumut yang tidak dibersihkan oleh peniaga terbabit

Pemandangan ditepian pantai Water Front Marang, Terengganu sungguh menghiburkan para pengunjung dan pelancung.  Tapi malangnya pemandangan yang indah telah dicemari dengan kekotoran menjijikan dan licin apabila melalui dikaki lima persisir pantai berhampiran deretan kedai makan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Jangan rosakkan pemikiran aset negara

Ibu bapa dan guru di negeri ini yang cenderung bermain politik diingatkan supaya jangan sekali-kali merosakkan pemikiran anak-anak serta pelajar kerana mereka merupakan aset negara.

“Kalau nak berpolitik boleh tapi jangan rosakkan masa depan mereka,” kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said ketika berucap di majlis Penyerahan e-Book kepada Murid Tahun 5, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubu, Marang, petang semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, YB Yahya Khatib Mohamad; Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik Razali Daud dan Pegawai Daerah Marang, Haji A. Rahman Che Ali.

Selasa, 29 Mac 2011

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Hingga Selasa

Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Selasa depan.

Menurut kenyataan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) semalam, keadaan angin berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

JMM turut memberi amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori pertama berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Sarawak (Miri), Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Wilayah Persektuan Labuan, perairan laut Samui dan Sulu, yang dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

JPJ Terengganu keluar 535 notis cermin gelap

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu telah mengeluarkan 535 notis bagi kesalahan cermin gelap kenderaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Pegawai Khidmat Pelanggan, JPJ Terengganu, Puan Rohaya Muda berkata, operasi khas cermin gelap telah diadakan secara besar-besaran membabitkan 60 anggota penguatkuasa dan pihak JPJ sejak awal Januari lalu.

“Beberapa lokasi operasi telah dijalankan termasuklah di Jalan Sultan Mahmud (hadapan mahkamah) serta jalan-jalan utama dalam Operasi Tahun Baru Cina,” katanya kepada Teganukita.

Isnin, 28 Mac 2011

Terengganu Rancang Kelas Maya Di Semua Sekolah Dalam Tempoh Lima Tahun

KUALA TERENGGANU, 27 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu merancang untuk mewujudkan Kelas Maya di semua sekolah-sekolah di Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata menjelang akhir tahun ini saja kerajaan negeri akan mewujudkan 32 buah kelas maya iaitu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Ternakan ikan kerapu ubah ekonomi penduduk

Projek pembenihan dan ternakan ikan kerapu berteknologi tinggi yang diusahakan Terengganu Agrotech Development Corp.Sdn Bhd (TADC) mampu mengubah sosio ekonomi penduduk setempat.

Tahun lalu, 5,000 benih kerapu oren dan harimau diternak secara berasingan di dalam 2,000 sangkar khas di kawasan Tanjung Demong, Besut.

Bagi mendapat kuantiti dan kualiti ikan yang diingini, TADC mendapat kerjasama Seraya Akuatik (M) Sdn Bhd, Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Ahad, 27 Mac 2011

Marang Bandar Selamat

Pemasangan CCTV di beberapa tempat disekitar Bandar Marang menjadikannya bandar selamat daripada sebarang kegiatan jenayah dan sebagainya.  Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan memberi tumpuan penuh ke atas penduduk tempat dalam urusan seharian daripada gejala yang tidak diingini.  Diantara tempat-tempat yang telah dipasang dengan CCTV adalah sepertimana dibawah:

Televisyen litar tertutup (CCTV) di Bank Simpanan Nasional (BSN)

 Televisyen litar tertutup (CCTV) di Rusila

Televisyen litar tertutup (CCTV) di Simpang Empat Marang

Televisyen litar tertutup (CCTV) di Simpang Empat Rhu Rendang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...