Khamis, 4 Ogos 2011

Rakyat Gaza Sambut Ramadan Di Tengah-Tengah Kemerosotan Ekonomi

SEMENANJUNG GAZA: Bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam di seluruh dunia bukan sahaja kerana ia merupakan bulan yang diberkati tetapi juga ia waktu keluarga berkumpul untuk berbuka puasa yang dihidangkan dengan makanan yang banyak.
Namun keadaan adalah berbeza di Gaza yang berada di bawah sekatan Israel. Rakyat Gaza berpuasa di tengah-tengah kemerosotan ekonomi dan bulan Ramadan adalah lebih sukar bagi mereka ekoran perbelanjaan yang meningkat dua hinggatiga kali ganda daripada kebiasaan.


Pekerja merungut tentang pembayaran gaji yang tertanggh yang sangat-sangat diperlukan untuk perbelanjaan di bulan puasa.
Anggota polis Mahdi Omar kecewa dengan keadaan yang berlaku.
"Keadaan sangat sukar. Masalah bertambah buruk dengan ketibaan Ramadan dengan gaji belum lagi dibayar," katanya. Anak lelakinya bercadang untuk menjual jus buah-buahan di pasar Gaza semasa bulan Ramadan bagi membantu menampung perbelanjaan keluarganya.
Remaja ini sedar dengan keadaan yang ada dan mahu membantu meringankan beban bapanya.
Bagi Abed Rahman Al-Zaeem pula yang memiliki kedai menjual makanan dan manisan, barangan banyak di kedainya tetapi pelanggan pula tidak ada.
Orang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli barang, katanya. "Kamu boleh melihat pelbagai jenis makanan, tetapi kurang orang yang datang.Kebanyakan mereka berjimat untuk membeli barang yang perlu sahaja," tambahnya.
Seperti masyarakat Islam lain, rakyat Gaza turut ke masjid untuk bersembahyang di bualan Ramadan, tetapi masjid mereka hanya berupa tempat yang telah diubah suai, kerana masjid-masjid asal telah musnah dalam serangan tenteraIsrael dan tidak dapat dibaiki kerana kekurangan bahan binaan.
Mereka juga berbuka puasa di masjid, kadang kala dalam kegelapan ekoran pemotongan bekalan elektrik.
Kalau bergelap, mereka akan menggunakan lilin. Ada ketikanya generator bergerak digunakan untuk berbuka puasa dengan diiringi bunyi generator yang bising.
Apa yang rakyat Gaza harapkan pada bulan Ramadan ini. Bagi rakyat biasa, mereka berharap agar pihak yag bertelagah iaitu Fatah dan Hamas mula melaksanakan perjanjian damai yang dimeterai oleh kedua-dua pihak di Kaherahpada Mei lalu.
Mereka mahu kerajaan perpaduan dibentuk bagi mengakhiri perpecahan selama empat tahun.
"Ramadan mengajar kita makna sebenar keampunan dan perpaduan. Tidak kira siapa yang bakal menjadi perdana menteri seterusnya, tetapi apa yang penting ialah untuk melihat rakyat kita bersatu padu," kata seorang pelajar universiti, Zeyad Mansour. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...