Jumaat, 15 April 2011

Perdana Menteri lawat Terengganu 30 April ini


Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Terengganu sempena Program Turun Padang (PTP), 30 April ini (Sabtu).

Beliau dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan terus memulakan lawatan ke Pekan Batu Enam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus.

Perdana Menteri akan berjalan kaki menemui pemimpin dan rakyat di Peti Undi Batu Enam, DUN Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus serta menikmati sarapan pagi di Kedai Alias, di Pasar Batu Enam.

Khamis, 14 April 2011

Kerajaan bantu pulih ternakan ikan dalam sangkar

Kerajaan negeri akan bantu lima penternak ikan dalam sangkar di Sungai Mercang, Marang yang mengalami kerugian besar dalam kejadian hujan lebat melanda daerah itu baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, YB Encik Yahya Khatib Mohamad berkata, kerajaan sedang membuat taksiran dan akan membantu penternak terbabit untuk memulihkan semula projek mereka.

Rabu, 13 April 2011

Sepuluh pelajar cemerlang dibiayai RM1.5 juta

Daripada 405 pelajar cemerlang SPM 2010 hanya 10 daripada mereka bakal menikmati skim Pelajar Cemerlang bgi meneruskan pengajian mereka ke empat universiti luar negara yang sudah dikenal pasti.


Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta menerusi Skim Pelajar Cemerlang bagi memastikan setiap pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dapat meneruskan pengajian mereka ke empat universiti luar negara yang sudah dikenal pasti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata daripada 405 pelajar cemerlang SPM 2010 hanya 10 daripada mereka bakal menikmati skim itu bagi membuat kursus persediaan A Level dan mengikuti kursus perubatan yang ditawarkan pihak universiti berkenaan.

Selasa, 12 April 2011

Kompleks Sukan jana kecemerlangan atlet


Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bernilai RM40 juta akan menjadi pencetus kepada kecemerlangan sukan serta melonjakkan bidang itu di persada dunia.

Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata penghasilan atlet yang unggul banyak dipengaruhi kemudahan fasiliti sukan serta memenuhi standard kebangsaan yang ditetapkan dan setiap kemudahan dimanfaatkan dengan optimum oleh para atlet.

Isnin, 11 April 2011

Pencapaian luar biasa anak Terengganu

Pencapaian anak Terengganu dalam pelajaran amat luar biasa, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis di Kampung Kubang Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau meluahkan demikian berasaskan kepada banyak perkembangan positif yang berlaku dalam bidang pelajaran terutama prestasi peperiksaan awam negeri sejak kebelakangan ini.

Ahad, 10 April 2011

Pesta buku beri manfaat, tawaran diskaun harga -pelajar


Rata-rata pengunjung program Pesta Buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2011 Peringkat Negeri Terengganu berasa bertuah kerana berpeluang mendapatkan pelbagai bahan bacaan ilmiah di bawah satu bumbung yang diadakan di Sekolah Menengah Teknik, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu.

Program julung kali yang didakan tiga hari sejak semalam menawarkan lebih 10,000 bahan penerbitan DBP termasuk majalah, bahan bacaan umum kanak-kanak, kamus DBP, novel dan cerpen dijual dengan tawaran diskaun sehingga 70 peratus.

Telur Tiruan: Ujian Awal Dapati Kandungannya Tulen - Liow Tiong Lai

KUANTAN, 10 April (Bernama) -- Ujian awal ke atas sampel telur yang dikatakan tiruan mendapati produk itu mengandungi bahan telur tulen.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan ujian makmal kimia, protein kulit serta putih dan kuning telur terbabit adalah telur sebenar.

"Bagaimanapun untuk memastikan ia betul-betul bukan telur palsu, kita hantar lagi buat ujian DNA dan apabila kita sahkan tulen atau tidak, saya akan umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan, di sini Ahad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...