Ahad, 31 Julai 2011

PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA PPPD RHU RENDANG - BHG. I


Marang 30/07/2011 - Perlawanan akhir bolasepak piala Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang telah diadakan di Padang Bola Majlis Daerah Marang, Terengganu bermula jam 5.15 petang.  Perlawanan diantara Pasukan Kg. Sentol Patah dengan Kg. Medan Jaya.  Kedua-dua pasukan merebut piala serta wang tunai RM4,000, manakala tempat kedua akan menerima wang tunai RM3,000.


Perlawanan telah dirasmikan sendiri oleh YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dengan memulakan sepak mula tepat pada jam 5.20 petang.  Diakhir perlawanan Kg. Sentol Patah telah menjuarai perlawanan dengan keputusan 1 - 0.  Turut hadir: En. Anuar bin Yahya, Pengerusi APMT, En. Saiful Bahari bin Dato' Baharuddin, Ketua Pemuda UMNO Terengganu dan beberapa orang dif-dif jemputan.


Diantara rakaman gambar yang berjaya dirakamkan sebelum dan selepas perlawanan diadakan:








YBhg. Tuan Haji Nik Dir memulakan sepak mula... ada gaya yang luar biasa..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...