Sabtu, 26 Mac 2011

Hentikan segera tabiat buruk buang sampah di sungai


Tabiat buruk segelintir masyarakat tempatan yang gemar membuang sampah di dalam sungai perlu dihentikan segera bagi memastikan sungai-sungai di negeri ini tidak terus tercemar, sekaligus menyebabkan kemusnahan ekologi dan hidupan sungai.

Jika tabiat itu terus menjadi amalan, generasi akan datang pasti mengutuk masyarakat kita kerana kealpaan kita memulihara anugerah Ilahi ini.

Kerajaan Guna Segala Kudrat Tunai Janji: Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) dan timbalannya,
Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kanan) menunjukkan buku Perkhidmatan Awam
selepas majlis pelancarannya sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12 (MAPPA XII)
di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apabila kerajaan mengaku untuk melaksanakan sesuatu, ia akan menunaikannya dengan menggunakan segala ikhtiar dan kudrat yang ada.

Malah, kata Perdana Menteri, sebelum berjanji lagi, kerajaan akan memastikan apa yang dinyatakan itu bersifat realistik, dalam kemampuan kerajaan yang wajar, bertanggungjawab dan mengambil kira semua aspek kesejahteraan rakyat serta kepentingan jangka panjang.

"Segala-galanya berlandaskan falsafah induk Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya semalam.

Jumaat, 25 Mac 2011

Pasar Baru Bandar Marang

PASAR BESAR MARANG
menjadi kebanggaan seluruh penduduk Marang 


Penduduk Bandar Marang dan sekitarnya akan mendapat kemudahan untuk mendapatkan keperluan harian yang lebih selesa dengan siapnya Pasar Bandar Marang baru yang dijangka beroperasi sepenuhnya Mei ini.

Pasar 2 tingkat ini dilengkapi dengan berbagai kelengkapan dan kemudahan kepada peniaga dan pengunjung serta laluan khas ke tingkat atas untuk mengangkut barangan dan juga orang kurang upaya(OKU).

Majlis Interaksi Bersama Nelayan Marang


Majlis Interaksi Nelayan bersama Pengarah Perikanan Terengganu telah diadakan di perkarangan pejabat Perikanan Daerah Marang pada 24 Mac 2011 mulai jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.  Turut hadir menyerikan majlis Pegawai Pembangunan DUN Daerah Marang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Operasi APMM Daerah Kuala Terengganu Kpt. Mohamad serta beberapa pegawai-pegawai dari Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Marang.

Majlis Dialog Bersama - Nelayan Marang

Majlis berlangsung pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan diadakan didalam suasana yang cukup mesra dan harmoni.  Turut hadir didalam majlis tersebut adalah Pengerusi PERKASA Daerah Marang, Tim. Ketua, Setiausaha, Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Marang dan Ketua Penduduk Kg. Seberang Marang.  Seramai 70 orang nelayan turut hadir didalam majlis yang telah diadakan.

Beberapa perkara serta permasalahan yang menghantui nelayan persisir pantai Daerah Marang telah dibangkitkan dan mendapat perhatian daripada Pengerusi PERKASA Daerah Marang, merangkap Pegawai Pembangunan DUN Daerah Marang.  Kelulusan serta merta telah diluluskan untuk mengubahsuai surau nelayan yang terdapat di Kg. Tanjung Laut, Seberang Marang bagi kegunaan para nelayan untuk beribadah.

Majlis dialog selesai jam lebih kurang 11.00 malam dan para hadirin dihidangkan dengan jamuan makan yang telah disediakan.  Tahniah PERKASA Daerah Marang yang mana telah merapatkan lagi hubungan mesra masyarakat nelayan yang selama ini agak ketinggalan dari segala kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh para nelayan ditempat-tempat lain, seperti di Chendering dan juga Kuala Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...