Sabtu, 4 Jun 2011

RAMAI KAKITANGAN AWAM SOKONG PEMBANGKANG???

Gambar hiasan saja
Sebagai kakitangan kerajaan, aku mempunyai ramai kawan di kalangan penjawat awam. Semuanya memiliki pendirian politik masing-masing. Adalah tidak mengejutkan jika aku katakan bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak begitu berminat dengan BN. Mereka lebih cenderung untuk berpihak kepada pembangkang.

Amat mudah untuk mengetahui kecenderungan politik rakan-rakanku itu. Apabila diajak berbicara mengenai sesuatu isu, mereka kebiasaannya mudah melenting menyalahkan kerajaan jika isu tersebut dianggap salah di mata mereka. Tidak perlu ambil contoh jauh. Cukup saja berbual tentang bonus kakitangan awam. Rata-rata mereka akan memaki-hamun kerajaan jika kerajaan tidak memberi bonus dengan menuduh kerajaan itu dan ini.

Jumaat, 3 Jun 2011

Nelayan Laut Dalam Tidak Lagi Dibekalkan Minyak Pada Harga Subsidi RM1.25



KUALA TERENGGANU, 2 Jun (bernama) -- Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.

Isu pemilikan tanah haram selesai akhir tahun


Kerajaan negeri yakin isu pemilikan tanah haram di seluruh negeri akan dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang akhir tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said, berkata buat masa ini pihak berkenaan sedang memproses semua permohonan pemilikan tanah haram yang telah dikemukakan orang ramai yang meneroka tanah kerajaan secar tidak sah, sebelum 31 Disember 2006.

Khamis, 2 Jun 2011

Nelayan Pantai Diberi Lesen Sampan Secara Automatik - Noh Omar


KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) -- Semua nelayan dan awak-awak yang mendapat elaun sara hidup RM200 sebulan, akan diberi lesen sampan secara automatik mulai esok, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata lesen akan dikeluarkan kepada pemilik sampan dan kad nelayan kerana kerajaan berhasrat menolong awak-awak yang ingin menjadi nelayan.

Ulama: Jangan terlalu rai rakan Pakatan


Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu.

Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu.

"Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Perlawanan akhir Piala FA 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil

SEMBANG - SEMBANG BOLA (LIGA TEMPATAN)



ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH

PENENTUAN siapa yang akan dinobatkan juara 'Piala FA 2011' akan terjawab di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini.

Pada tahun menampakkan peningkatan dan penguasaan pasukan-pasukan dari pantai timur. Di persada liga super di terajui oleh pasukan Kelantan teratas, diikuti oleh Terengganu di tempat kedua dan di tempat ketiga 'The Red Giant' Selangor.

MB selar sikap pegawai, kakitangan kerajaan sengaja tangguh kes


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengelar sikap segelintir pegawai dan kakitangan di jabatan kerajaan yang sengaja menangguhkan sesuatu urusan serta kes yang melibatkan pelanggan sehingga memakan masa 20 tahun sebelum ia dapat diselesaikan.

Beliau merujuk kepada pengalaman ketika menjawat jawatan exco (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan) sebelum ini, terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu yang gagal mengeluarkan laporan audit akibat kes yang tertangguh terlalu lama.

Rabu, 1 Jun 2011

MB lulus peruntukan RM3 juta untuk prasarana Marang



Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kira-kira RM3 juta bagi membiayai pelbagai projek menaiktaraf kemudahan jalan raya dan sistem perparitan di seluruh daerah Marang, tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata daripada jumlah tersebut masing-masing RM200,000 akan diagihkan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dan Bukit Payong.

Selasa, 31 Mei 2011

Majlis Perjumpaan Bersama Seluruh Warga Kerja Daerah Marang

View Image

Pada 31/05/2011 jam 2.30 petang, YAB. Menteri Besar Terengganu hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Seluruh Warga Kerja Daerah Marang Bertempat di Dewan Kapas, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, Marang, Terengganu Darul Iman.

Isnin, 30 Mei 2011

PROGRAM PERASMIAN KURSUS DANA BAKTI REMAJA DUN RHU RENDANG KE 4


Program berlangsung di Kolej Telekom, Rusila, Marang, Terengganu bermula pada hari ini 30/05/2011 hingga 01/06/2011.  Enam buah Cawangan Pemuda dan Puteri  UMNO terlibat dari Kg. Batangan, Kg. Baru Rhu Muda, Kg. Kelulut, Kg. Gong Nangka, Kg. Medan Jaya 1 dan Kg. Masjid Haji Said/Seberang Marang menghadiri kursus yang dianjurkan.

MELAYU JANGAN INGAT MEREKA SUDAH SELAMAT !!!

Sewaktu hendak menyatupadukan Melayu pada tahun 1946, Dato Onn Jaffar berkata bahawa harapan beliau ialah: MAHU MELAYU BERSATUPADU BIAR JADI KUAT, SEBAB APABILA MELAYU KUAT, MEREKA AKAN SELAMAT.

Antara satu pesanan terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum persaraannya ialah: MELAYU JANGAN FIKIR MEREKA SUDAH SELAMAT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...