Isnin, 11 Julai 2011

Tahniah..Melayu Ungguli Carta !


Melayu..bangsa yang satu ketika dahulunya gah di persada dunia. Kehebatan Melayu dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia. Melayu terkenal dengan keberaniannya, Melayu hebat dengan pelayarannya, Melayu terkenal dengan adab sopan-santunnya, Melayu hebat dengan budi bicaranya.

Tak perlu rasanya asam menceritakan sejarah Melayu pada semua memandangkan kita semua sedia maklum akan kewujudan Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke hari ini. Namun apa yang hendak asam ketengahkan adalah kemana perginya Melayu itu? Apakah masih wujud Melayu sebegitu?

Jika dilihat senario hari ini bangsa Melayu itu masih lagi hebat. Melayu hari ini hebat kerana Melayu itu sendiri telah terbahagi kepada beberapa jenis Melayu. Melayu hari ini juga sangat hebat kerana telah berjaya menjerumuskan diri sebagai keldai bangsa-bangsa asing. Melayu hari ini telah diperkudakan oleh bangsa asing bukan sahaja dari segi politik, malah hampir dari setiap sudut!.
Melayu diperkudakan oleh kartel DADAH sehingga tertangkap menyeludup dadah..
Melayu ungguli carta sebagai  kaum yang paling ramai terlibat dengan najis dadah!
Melayu juga tertipu dengan bujuk rayu jejaka Lombok sehingga sanggup derhaka pada keluarga sendiri..
Melayu hari ini berani menukar agama semata-mata kerana CINTA dunia..
Melayu acap kali memasuki kaca televisyen dengan kes rogol, bunuh, ragut dan pelbagai kes lagi..
Melayu membanjiri pusat-pusat hiburan untuk mabuk, bersekedudukan dan berpesta !
Melayu ungguli carta dalam kes pembuangan bayi !
Melayu ungguli carta sebagai pelumba-pelumba haram di jalan-jalan raya ..
Melayu ungguli carta sebagai bangsa paling mudah dibaruahkan dalam kancah politik..
Bagaimana ini semua boleh terjadi?

Apakah ia disebabkan Melayu itu terlalu hebat? Atau apakah Melayu itu mudahLUPA?  Atau Melayu itu masih mengganggap mereka sebagai Tuan Tanah di bumi Malaysia ini? Atau Melayu itu sendiri telah dijangkiti penyakit WAHAN? Atau Melayu hari ini telah berjaya dijinakkan dengan DUIT?

Ketentuannya disini Melayu telah berjaya memonopoli semua yang tertera di atas. Memang ada juga bangsa lain terlibat namun jumlah bangsa lain yang terlibat adalah amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan bangsa Melayu. Apakah bangsa Melayu hari ini tidak mempunyai sensitiviti untuk membela bangsa sendiri?
Sudah ramai menyuarakan supaya Melayu itu bersatu namun usaha ke arah itu disambut suam oleh Melayu itu sendiri. Dengan senario politik Malaysia kini, Melayu dilihat telah terbahagi kepada 6 golongan. Bukankah lebih BAIK jika Melayu itu dapat bersatu dibawah satu panji..satu matlamat..satuPERJUANGAN..

Melayu yang satu ketika dahulu dihormati kini semakin hari semakin hilang..sedarlah Melayu! Jika bumi Malaysia ini jatuh ke tangan bangsa lain, kita tiada tempat lain yang hendak dituju..fikirkanlah!

1 ulasan:

  1. Minta menyampuk. Anda sebenarnya hanya kecewa dengan akhlak melayu hari ini yang semakin jatuh namun anda tidak pernah kecewa dengan kepimpinan anda yang menjatuhkan akhlak rakyatnya sendiri, Jangan menuding jari kepada orang lain kerana selama 51 tahun kita merdeka, kemanakah halatuju yang dibawa oleh pemimpin Kerajaan hari ini. Modul di dalam pembelajaran, pendidikan seks, malah berita (front head) lebih gemar mensensasikan isu-isu yang berkaitan dengan sekss.... Seiapa yang menggalakkan cerita seks tersebar bersama video malah TV sendiri tidak malu menayangkan gambar bogel hanya kerana benci dengan pemimpin pembangkang. Peduli apa dengan pemimpin pembangkang ini kerana kalau di dunia dia tidak dihukum, akhirat Allah pasti menghukum jua....Anda jangan pula sangsi dengan hukuman yang Allah telah janjikan..Jadi, jangan hanya menuding jari kepada orang lain, cerminkanlah diri sendiri, jangan bangga dengan status melayu kerana dialam kubur, Malaikat tidak pernah akan menyoal anda bangsa apa. Jangan menjadi seperti bangsa Yahudi yang lebih bangga dengan bangsa sehingga menindas bangsa lain hanya kerana bangsa mereka adalah istimewa,, Kerana setiap hamba Allah yang lahir dimuka bumi ini tidak pernah memilih untuk menjadi bangsa..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...