Sabtu, 2 Julai 2011

Demonstrasi tidak bantu selesai masalah rakyat

View Image

KUALA LUMPUR – Demonstrasi atau perhimpunan haram yang kononnya mahu menuntut keadilan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat sebaliknya menambahkan kerugian kepada negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada kerugian ditanggung negara luar akibat tindakan tidak profesional rakyatnya yang suka menjadikan demonstrasi sebagai jalan pintas. 

Jumaat, 1 Julai 2011

Masyarakat perlu terima fatwa


Masyarakat Islam di negeri ini diminta menerima baik setiap fatwa yang dikeluarkan Majlis Jawatankuasa Fatwa Malaysia Kebangsaan (JKF) berhubung sesuatu hukum Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan mereka seharian.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, berkata beliau cukup kesal dengan tindakan segelintir individu yang menghentam fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa kerana ia bukannya lahir daripada akal fikiran dan undang-undang, sebaliknya mengikut kata sepakat dan pandangan mufti seluruh negara.

Khamis, 30 Jun 2011

PPPD RHU RENDANG DI LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD K/TRG


Marang 29/06/2011 - Pemergian Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama isteri dan seorang anak perempuan beliau mengerjakan UMRAH disambut mesra oleh rakan-rakan dan saudara mara di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada jam 9.00 pagi.

Rabu, 29 Jun 2011

PPPD RHU RENDANG MENGERJAKAN UMRAH DITANAH SUCI


Marang 29/06/2011 - Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama isteri akan mengerjakan UMRAH di Tanah Suci Mekah.  Beliau akan berlepas daripada kediaman pada jam 8.00 pagi dan dijangka berlepas dengan penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada jam 10.00 pagi.

Selasa, 28 Jun 2011

JOM KENALI AJK BERSHIT!! - POLIS PERLU BERTINDAK


Senarai AJK perhimpunan BerSHIT 2.0

1- Ambiga Sree (Pengerusi)
2- Mat Sabu Pas (Timbalan)
3- Andrew Khoo,
4- K Arumugam,
5- Dr Farouk Musa,
6- Harris Ibrahim,
7- Liau Kok Fah,
8- Maria Chin Abdullah,
9- Richard Y W Yeoh,
10- Dr Toh Kin Woon,
11- Dr Wong Chin Huat,
12- Datuk Yeo Yang Poh,
13- Zaid Kamaruddin,
14- Dr Subramaniam Pillay dan
15- Arul Prakkash

Isnin, 27 Jun 2011

Ternakan Ikan Sangkar Berpotensi Jana Pendapatan Lumayan - LPP Terengganu

View Image

KUALA TERENGGANU, 26 Jun (Bernama) -- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu meminta anggota Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini menceburi bidang ternakan ikan air tawar dalam sangkar yang berpotensi menjana pendapatan lumayan.

Pengarah LPP negeri Shamsuddin Mat Rani berkata nasihat dan bimbingan disediakan kepada anggota yang berminat untuk mengusahakan ternakan ikan air tawar dalam sangkar.

ISA Boleh Digunakan Terhadap Penganjur Perhimpunan Haram 9 Julai

View Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

Ahad, 26 Jun 2011

Polis Terima Lebih 1,000 Laporan Bantah Perhimpunan Haram

View Image
IPOH, 25 Jun (Bernama) -- Polis telah menerima sebanyak 1,248 laporan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara membantah perhimpunan haram yang akan dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan yang diterima itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas menghalang perhimpunan berkenaan kerana mereka bimbang keamanan dan ketenteraman awam terjejas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...