Ahad, 22 Mei 2011

TANAH RUNTUH - RUMAH ANAK YATIM TERTIMBUS!!


Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 2 Kumpulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Turut terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu. Laporan BERNAMA.


13 ORANG MASIH BELUM TEMUI

HULU LANGAT 21 Mei - Ketua Warden Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis dekat Kajang, Mohamad Hambali Ismail, 34 melaporkan kepada wartawan Berita Harian bahawa beliau telah terdengar 1 hentaman kuat lalu beliau membayangkan seolah-olah telah dikejar tanah tersebut sebelum menimbus Rumah terbabit.

“Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri,” katanya.

Menurut laporan Crew KL POS, setakat jam 8 malam tadi seramai 3 mangsa telah ditemui mati manakala 13 orang lagi masih tertimbus dan usaha pencarian masih dilakukan oleh beberapa Agensi dan Badan termasuklah 2 Kumpulan pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),  Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). 8 mangsa dilaporkan terselamat.

Kejadian yang berlaku pada jam 2:30 petang itu melibatkan 24 orang anak-anak yatim yang sedang menjamu makanan tengahari di dalam  rumah tersebut.



SETAKAT JAM 8 MALAM, 6 MAYAT DITEMUI

HULU LANGAT 21 Mei - Setakat Jam 8 malam, 6 mayat telah berjaya ditemui yang berusia dalam lingkungan 11 hingga 14 tahun.

9 lagi yang ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun yang merupakan pekerja di Rumah Anak Yatim tersebut.


 Kesemua yang tercedera dikejarkan ke Hospital Ampang bagi rawatan susulan.


 Setakat jam 9:30 malam hujan telahpun reda di kawasan kejadian akan tetapi akibat tanah lumpur telah menyukarkan pihak Operasi dan Sukarelawan untuk mencari mangsa-mangsa tertimbus.


HULU LANGAT 21 Mei - Setakat ini pihak Sukarelawan dan Operasi Bertindak sedang berusaha untuk mengeluarkan baki mangsa dari kalangan Anak-Anak Yatim yang masih tertimbus.

Kelihatan beberapa Pemimpin Politik turut hadir melihat lokasi kejadian dan membantu pihak yang terlibat.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka akan turut hadir untuk melihat kawasan kejadian.


Sementara itu, beberapa tokoh politik telah mengucapkan takziah kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa termasuklah dari pihak Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...