Selasa, 24 Mei 2011

Kunjungan Mesra Kawasan DUN Rhu Rendang



Marang 24/05/2011 - Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama rombongan serta Ketua Pemuda dan Ketua Puteri telah mengadakan kunjungan mesra dan menyampaikan sumbangan berbentuk kerusi roda dan barangan kepada tiga orang penerima. Mereka-mereka adalah:

1) Puan Asmah Jusoh, 56 tahun, tinggal di Lot. 7604, Kawasan Perpindahan Sungai Kerak kerana mengidap sakit kencing manis.  Kaki kanan Puan Asmah telahpun dipotong sehingga ke paras lutut kerana mengidap yang tersebut sejak 4 tahun yang lalu.  Mempunyai 5 orang anak, 1 lelaki dan 4 orang perempuan.  Suami Puan Asmah telah meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu.













2) Puan Rokiah Yusof, 72 tahun juga mengidap penyakit kencing manis sejak 5 tahun yang lalu tinggal di Lot. 7584, Kg. Sungai Kerak 2, Marang, Terengganu.  Beliau sekarang sukar untuk bergerak, memandangkan kedua-dua belah kakinya mulai membengkak akibat penyakit tersebut.  Bantuan kerusi roda juga diserahkan kepada penama oleh YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.











3) Tuan Haji Harun Salleh, 75 tahun, mengalami kecederaan akibat kemalangan m/sikal sejak beberapa minggu yang lalu. Beliau sekarng ini tinggal bersama anaknya di alamat 4465, Jalan Pusat Sumber, Marang, Terengganu. Bantuan berbentuk barangan serta wang tunai telah dihulurkan oleh YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...