Rabu, 22 Jun 2011

Undang-undang Haram Penjualan Telur Penyu Perlu Dikuat Kuasa Segera

View Image

Kerajaan diminta menguatkuasakan segera undang-undang mengharamkan penjualan telur penyu di seluruh negara bagi memastikan spesis itu tidak pupus.

Ketua Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Jabatan Perikanan Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata undang-undang itu sudah diterima pakai di seluruh negara, bagaimanapun, masih ada yang tidak menguatkuasakannya.

Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup

View Image

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneruma 'Anugerah Pencapaian Seumur Hidup' pada Majlis Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011 di sini Selasa malam.

Anugerah itu disampaikan kepada beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Mahathir menerima trofi khas rekaan pasukan kreatif Mouawad di Paris, yang diperbuat daripada beberapa komponen dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Selasa, 21 Jun 2011

ULASAN TERHADAP KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN (KJ)

View Image

KUALA LUMPUR 21Jun2011: YB Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa menyambut baik kenyataan KJ mengesa Polis siasat saya di bawah Akta Hasutan dan merasa amat bangga dengan  kecaman Lim Kit Siang.

Isnin, 20 Jun 2011

BANTUAN KEBAJIKAN KAWASAN RHU RENDANG - BHG III

Bantuan KelimaEncik Mohamad bin Ibrahim, 82 tahun, bekas KPL. 6066, tinggal di Lot. 104, Kg. Bukit Gasing, Marang, Terengganu.  Walaupun telah meninggalkan pasukan polis sejak 30 tahun yang lalu, namun beliau masih lagi tetap mengingatkan kisah-kisah lama semasa berkhidmat di dalam Pasukan Polis.   Tempat terakhir beliau berkhidmat adalah IPD Kuala Terengganu.



Ahad, 19 Jun 2011

BANTUAN KEBAJIKAN KAWASAN RHU RENDANG - BHG II

Bantuan Ketiga - En. Abdul Rahman bin Ibrahim, 90 tahun, seorang pesara JKR tinggal di Kg. Rhu Muda, Marang, Terengganu.  Telah bersara daripada Jabatan Kerja Raya sejak 35 tahun yang lalu, walaupun mempunyai pendapatan wang pencen setiap bulan, namun tidak mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga seramai 7 orang.  Keuzuran yang dialami oleh En. Abdul Rahman yang membuatkan beliau tidak mampu untuk bergerak sepertimana sebelumnya.


BANTUAN KEBAJIKAN KAWASAN RHU RENDANG - BHG I

YBhg. Tuan Haji Nik Dir turun padang melawat pesakit-pesakit kronik
dikawasan DUN Rhu Rendang, Marang dengan bermotosikal


Marang 19/06/2011 - Keprihatinan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang  terhadap penduduk setempat yang mengalami penyakit kronik serta kemiskinan hidup telah membawa YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku kebeberapa buah rumah disekitar kawasan Rhu Rendang untuk melawat serta menyumbangkan bantuan berbentuk wang tunai serta barangan kepada mereka yang memerlukan.  Sekurang-kurangnya penerima-penerima bantuan akan dapat mengurangkan sedikit bebanan untuk menanggung sara hidup diri sendiri dan juga keluarga.

JALINAN MESRA 4 X 4 - RANGGOK MARANG PART I


MARANG 18/06/2011 - Program Jalinan Mesra 4 x 4 Ranggok Marang diadakan di Lagun Seberang Marang bermula pada 17 - 18/06/2011.  Sejumlah 150 buah kenderaan pacuan 4 roda mengambil bahagian, yang disertai oleh beberapa buah pasukan iaitu TERJAH, BELANTARA, PACCAT, GEDUUT, B-BRANG, CAT (Terengganu), ERAT, LIPAN BARA, KEK, BOKBON, TM 4X4 (Kelantan), LUBUK TREKKER, FOUR WHEELER, RED ADVANTURE TEAM, MY LANDY (Kuala Lumpur).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...