Ahad, 19 Jun 2011

BANTUAN KEBAJIKAN KAWASAN RHU RENDANG - BHG I

YBhg. Tuan Haji Nik Dir turun padang melawat pesakit-pesakit kronik
dikawasan DUN Rhu Rendang, Marang dengan bermotosikal


Marang 19/06/2011 - Keprihatinan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang  terhadap penduduk setempat yang mengalami penyakit kronik serta kemiskinan hidup telah membawa YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku kebeberapa buah rumah disekitar kawasan Rhu Rendang untuk melawat serta menyumbangkan bantuan berbentuk wang tunai serta barangan kepada mereka yang memerlukan.  Sekurang-kurangnya penerima-penerima bantuan akan dapat mengurangkan sedikit bebanan untuk menanggung sara hidup diri sendiri dan juga keluarga.


Bantuan Pertama - En Musa bin Jusoh, 47 tahun, tinggal di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, mengalami penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun yang lalu.  Namun  dalam tempoh satu tahun ini beliau seringkali berulang-alik ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menjalankan rawatan mencuci buah pinggang.

Penerima bantuan En. Musa Jusoh, berbaju biru begitu terharu diatas
sumbangan yang dihulurkan



Bantuan Kedua - En. Ismail bin Talib, 60 tahun, tinggal di Jalan Sekolah Kebangsaan, Seberang Marang, mengidap penyakit buah pinggang sejak tahun 2008.  Setiap 3 kali minggu terpaksa menjalani rawatan Hemodialysis di Kuala Terengganu.  Beliau mempunyai 8 orang anak 3 LL dan 5 P tinggal bersama isteri dan tiada mempunyai sebarang pekerjaan.








Bersambung di Bhg II....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...