Ahad, 19 Jun 2011

JALINAN MESRA 4 X 4 - RANGGOK MARANG PART I


MARANG 18/06/2011 - Program Jalinan Mesra 4 x 4 Ranggok Marang diadakan di Lagun Seberang Marang bermula pada 17 - 18/06/2011.  Sejumlah 150 buah kenderaan pacuan 4 roda mengambil bahagian, yang disertai oleh beberapa buah pasukan iaitu TERJAH, BELANTARA, PACCAT, GEDUUT, B-BRANG, CAT (Terengganu), ERAT, LIPAN BARA, KEK, BOKBON, TM 4X4 (Kelantan), LUBUK TREKKER, FOUR WHEELER, RED ADVANTURE TEAM, MY LANDY (Kuala Lumpur).


Penaung Ranggok YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, mengucapkan tahniah kerana berjaya mengadakan program ini yang akan menjadi printis bagi merancakkan lagi program sukan permotoran di Daerah Marang dan sekaligus mempermosikan Daerah Marang sebagai salah satu destinasi pelancongan, bersesuaian dengan Moto Ranggok 'MENJANA KEHEBATAN INSAN, MENGIKAT PERPADUAN, MELAHIRKAN KESEJAHTERAAN DAN JALINAN MESRA.

Selain daripada sukan permotoran 4 x 4, diadakan juga sukan sampingan bertujuan merapatkan perhubungan tali silaturahhim dengan masyarakat setempat seperti pertandingan memancing, sukaneka.

Majlis penutup telah diadakan pada 18/06/2011 mulai jam 9.00 malam yang dirasmikan oleh Tuan Haji A. Rahman bin Che Ali, Pegawai Daerah Marang.  Turut hadir YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Tuan Haji Razali Daud (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang).


















 














Bersambung di PART II

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...