Isnin, 20 Jun 2011

BANTUAN KEBAJIKAN KAWASAN RHU RENDANG - BHG III

Bantuan KelimaEncik Mohamad bin Ibrahim, 82 tahun, bekas KPL. 6066, tinggal di Lot. 104, Kg. Bukit Gasing, Marang, Terengganu.  Walaupun telah meninggalkan pasukan polis sejak 30 tahun yang lalu, namun beliau masih lagi tetap mengingatkan kisah-kisah lama semasa berkhidmat di dalam Pasukan Polis.   Tempat terakhir beliau berkhidmat adalah IPD Kuala Terengganu.





Bantuan Keenam - Puan Halimah binti Ali, 61 tahun, tinggal di Kg. Bukit Gasing, Marang, Terengganu.  Mengidap penyakit saraf dari paras pinggan ke bawah selama lebih kurang 7 tahun berpunca daripada terjatuh dari aras yang tinggi menyebabkan tulang belakangnya (bahagian pinggang) retak. Berbagai-bagai cara perubatan telah dilakukan, namun Tuhan yang menentukan.






Bantuan Ketujuh - Encik Mamat bin Ibrahim, 72 tahun, Kg. Seberang Marang, Marang, Terengganu. Tinggal bersama anak dan isteri dialamat tersebut hanya menumpang ditanah saudara sejak tahun1990. Beliau mengidap penyakit angin amal sejak 12 tahun yang lalu.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...