Rabu, 6 April 2011

T-Team menyengat di padang sendiri


Perlawanan Liga Super 2011 semalam (5 April) di antara T-team dan Kelantan menyasikan kemenangan T-team dengan keputusan 3-1. 

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu ini memberi sengatan kepada pasukan tuan rumah membolosi gol lawan melalui jaringan 2 gol bergaya Nor Farhan dan Zairo Anuar pada separuh masa pertama. 

Pada separuh masa kedua T-team sekali lagi mengegarkan stadium apabila sepakan dari Indra Putra meletakkan T-team pada kedudukan selesa 3-0. 

Walau bagaimanapun gasakkan dari pihak lawan membuka ruang pintu gol T-team apabila Danial Fadly berjaya membuka jaringan untuk Kelantan dan di ikuti oleh S.Chanturu, selepas beberapa minit jaringan pertama pasukan red worior terus menjadikan kedudukan 3-2. 

Keghairahan pemain Kelantan mencari gol penyamaan akhirnya menerima padah apabila pasukan T-Team sekali lagi menghukum barisan pertahanan Kelantan untuk menjarakkan kedudukan kepada 4-2. 

Pada minit-minit terakhir pengadil menghadiahkan penalti kepada pasukan Kelantan apabila S.Chanturu dijatuhkan didalam kotak penalti, sepakan yang di ambil oleh Shakir Shaari membuahkan hasil dan menjadikan kedudukan T-team 4, Kelantan 3. 

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad juga turut hadir memberi sokongan kepada pasukan T-team.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...