Isnin, 4 April 2011

PERJUMPAAN BERSAMA GURU-GURU SMK DALAM DUN RHU RENDANG

Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku

Pada 03 APR 2011, mulai jam 8.30 malam, Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan majlis perjumpaan bersama guru-guru sekolah menengah dalam DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu dengan kerjasama Agensi  Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu.    Majlis telah diadakan di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu.

Seramai 350 orang guru hadir di majlis yang diadakan dan turut hadir Encik Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Sejumlah RM2,000 telah diluluskan oleh Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku kepada Kelab Guru-Guru disetiap sekolah dikawasan DUN Rhu Rendang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti semasa bagi tahun 2011.

Jumlah guru-guru yang hadir

Guru-Guru sedang menikmati jamuan yang disediakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...