Khamis, 7 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Gasing - Kelas Maya




Marang 7 APR 2011 - Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah merasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8 Tahun 2011 serta Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang, Terengganu.

Majlis berlangsung di Dewan Al-Ghazali yang dihadiri Wakil Peg. Pelajaran Daerah Marang, Yang DiPertua PIBG, Guru Besar serta lebih kurang 100 orang ibu/bapa.

Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku
Pegawai Penyelaras Pembangunan
DUN Rhu Rendang, Marang
Dalam ucapan perasmian, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku mengucapkan terima kasih kepada ibu/bapa yang hadir kerana memberikan komitmen yang padu  demi untuk anak-anak kita semua.  Pihak sekolah disarankan agar terus memberikan pendidikan yang lebih positif dan tidak berputus asa diatas penurunan prestasi kecemerlangan pelajar UPSR tahun 2010.  Semua  sekolah mengalami situasi sedemikian, baiki kelemahan-kelemahan yang dialami dan menyedarkan kepada pihak kita demi memberikan satu petanda yang baik agar kita meningkatkan pencapaian di tahun mendatang.

Diakhir ucapan, beliau seterusnya menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada Persatuan PIBG serta memilih SK Bukit Gasing sebagai Sekolah Kelas Maya dalam kawasan DUN Rhu Rendang bermula tahun 2011.  Beliau seterusnya mengharapkan SK Bukit Gasing memperkasakan kecemerlangan serta melahirkan lebih ramai lagi pelajar cemerlang pada tahun-tahun mendatang.

Rekod Pencapaian: ( 2004 - 2010 )


1.    Tahun 2004 - 96 calon, 47 lulus semua mata pelajaran dengan 48.96 %
2.    Tahun 2005 - 79 calon, 47 lulus semua mata pelajaran dengan 59.49 %
3.    Tahun 2006 - 81 calon, 46 lulus semua mata pelajaran dengan 56.79 %
4.    Tahun 2007 - 87 calon, 50 lulus semua mata pelajaran dengan 57.47 %
5.    Tahun 2008 - 81 calon, 56 lulus semua mata pelajaran dengan 69.13 %
6.    Tahun 2009 - 87 calon, 65 lulus semua mata pelajaran dengan 74.71 %
7.    Tahun 2010 - 67 calon, 40 lulus semua mata pelajaran dengan 59.70 %
Para tetamu kehormat

Para Ibu/Bapa yang hadir di majlis tersebut

Tuan Haji Alias bin Ismail
Guru Besar SK Bukit Gasing

Tuan Haji Ismail bin Mat Deris
Yang DiPertua PIBG, SK Bukit Gasing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...