Sabtu, 30 Julai 2011

PROGRAM JEJAK PRIHATIN KG. TAMAN RAHMAT, PULAU KERENGGA


Marang 30/07/2011 - Bantulah mereka yang memerlukan, itu lah prinsip yang diperjuangkan oleh pertubuhan-pertubuhan sukarela termasuklah Kelab Permotoran Negeri Terengganu, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM) dan juga Bahagian Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.


Program bersama telah diadakan di Dewan Inspirasi Warisan Taman Rahmat, Pulau Kerangga, Marang, Terengganu bermula jam 11.30 pagi yang di hadiri oleh YAM Dato' Seri Temenggung Raja Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Tengku Mahmud - selaku Presiden Kelab Permotoran Negeri Terengganu, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Pembangunan Dun Rhu Rendang, YBhg. En. Zawahir Abdullah, Presiden Pertubuhan IRM.  Turut hadir Ketua Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang, JKKK Pulau Kerengga serta beberapa orang tetamu kehormat.



Seramai lebih kurang 100 orang penduduk OKU Taman Rahmat hadir menerima bantuan berbentuk wang tunai, barangan serta makanan yang telah disampaikan oleh YAM Dato' Seri Temenggung Raja dan YBhg. Tuan Haji Nik Dir serta YBhg. En. Zawahir bin Abdullah.




Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (Islam Relief Association of Malaysia - IRM) adalah sebuah badan kemanusiaan, yang juga merupakan pertubuhan NGO berdaftar.  Sejajar dengan namanya, pertubuhan ini berfungsi sebagai sebuah badan kemanusiaan Islam di mana fokus utama adalah kepada aktiviti-aktiviti kemanusiaan di kalangan berbagai lapisan masyarakat khususnya untuk rakyat tempatan di Malaysia.


Diantara aktiviti dan program bantuan yang dijalankan oleh pertubuhan adalah bantuan kecemasan akibat bencana alam, bantuan pendidikan, kesihatan, perlindungan (shelter), makanan asas dan bantuan sara hidup.


Penerima bantuan Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia - IRM adalah terdiri daripada berbagai gulongan serta kumpulan masyarakat yang memerlukan termasuk - Warga miskin dan daif, golongan ibu tunggal miskin, warga emas miskin yang memerlukan bantuan, anak-anak yatim serta kanak-kanak kurang bernasib baik, mangsa-mangsa bencana, orang kurang upaya (OKU) dan masyarakat orang asli.


Untuk pertanyaan lanjut atau sumbangan berbentuk barangan, sila hubungi di talian 03-8949 5939 atau 019-397 3558 atau layari http://www.irmalaysia.org.my/


Diantara gambar-gambar yang telah dirakamkan semasa program berlangsung seperti berikut:







Ketua Puteri UMNO Dun Rhu Rendang selaku Pengerusi Majlis





YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku,
Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang



















































Penerima bantuan terakhir.....???



Tambah kapsyen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...