SUNGGUH kagum. Pancaindera memang kagum dengan semangat barisan wanita negeri Terengganu yang terkenal dengan negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik.
Nampaknya ramai juga yang berani tampil menyahut cabaran akhbar Mingguan Malaysia dan Jamu Mak Dara menerusi penganjuran pertandingan Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara baru-baru ini.
Nampaknya ramai juga yang berani tampil menyahut cabaran akhbar Mingguan Malaysia dan Jamu Mak Dara menerusi penganjuran pertandingan Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara baru-baru ini.
Iyalah. Kadang-kadang ada juga wanita yang mahu mencuba nasib tetapi malu untuk tampil ke hadapan.
Walhal, dalam hati meronta-ronta mahu turut serta dalam pertandingan yang tentunya bukan selalu diadakan.
Apalagi menerusi gabungan dua penganjur hebat iaitu akhbar nombor satu negara dan produk jamu paling laris di Malaysia, Jamu Mak Dara.
Justeru, pembabitan 30 peserta sempena program Ratu Kebaya 2011 dan Bengkel Cantik Sihat Pancaindera di Hotel Primula Resort pada minggu lalu menyaksikan sambutan yang cukup meriah daripada orang Terengganu.
Sama seperti lokasi kedua sebelum ini, di Terengganu, program juga dimulakan dengan sesi bengkel cantik sihat bersama Jamu Mak Dara.
Orang penting yang mengendalikan sesi ini siapa lagi kalau bukan pengasas produk tersebut, Ibu Halimah Shuib.
Kalau tengok pada usianya, mungkin ada yang tak percaya bahawa dia kini sudah pun bergelar nenek.
Mana tidaknya, diusia ‘senja’ begini, wanita kelahiran Rengit, Batu Pahat, Johor ini masih tampak menggoda dan langsing tubuh badan. Tak sia-sia menjaga badan sejak dari zaman anak dara, ramai yang sungguh cemburu.
Memang cukup bertuahlah pada sesiapa yang menyertai bengkel ini kerana di sinilah tempat di mana Ibu Halimah sudi untuk berkongsi petua bagaimana untuk mengekalkan kecantikan tubuh badan luaran dan dalaman.
Berdasarkan pengamatan kasar, rata-rata peserta di Terengganu tempoh hari begitu teruja untuk mendapatkan pelbagai nasihat dan petua daripada Halimah dan pelbagai soalan diutarakan terutamanya dalam bab-bab kesihatan dalaman.
Bukan itu sahaja, mereka juga tidak malu bertanya dan meminta petua mengenai bagaimana hendak memelihara keharmonian rumah tangga dan menambat hati suami.
Tidak kira sama ada yang sudah memegang status isteri, ibu atau yang belum berkahwin, masing-masing teruja mahu menggali sedalam mungkin mengenai topik ini.
Tak kurang juga ada yang mencatat nota. Barangkali khuatir lupa kalau tidak dicatat.
Ibu Halimah pula tentulah tidak lokek, apatah lagi dia memang suka berkongsi ilmu yang ada kepada mana-mana wanita sekali pun.
Program juga turut diisikan dengan sesi senaman bersama ibu. Kebanyakan peserta memang sporting dan tak malu untuk sama-sama bersenam bersama ibu.
Usai sesi bersama ibu, peserta kemudiannya disediakan pula dengan sesi bersama Forest’Secret yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Intan Hyriatee Mohd Zawai.
Berlangsung selama dua jam, segmen ini menyediakan peserta dengan pelbagai petua mengenai teknik solekan bagi acara siang dan malam.
Jangan tak tahu, Forest’ Secret juga telah menyediakan barisan jurusolek mereka yang ditugaskan untuk menyolek para peserta Ratu Kebaya.
Hasil penggunaan alat solekan Forest’ Secret telah menyaksikan perubahan yang mengkagumkan bagi semua peserta. Memang puas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan