Sabtu, 21 Mei 2011

PROGRAM BISTARI KG. MEDAN JAYA


Program BISTARI Kg. Medan Jaya, Marang bermula pada hari ini 21/05/2011 jam 7.45 pagi dengan menjalankan aktiviti kecerdasan Senamrobik dan gotong-royong.  Manakala disebelah petangnya pula akan diadakan aktiviti sukaneka bertempat di Dewan Komuniti Kg. Medan Jaya, Marang, Terengganu.

Acara senamrobik diadakan dikawasan Dewan Komuniti yang dihadiri lebih kurang 50 orang warga Medan Jaya dengan mendatangkan guru-guru senamrobik yang berpengalaman untuk mengetuai acara yang dijalankan.  Guru senamrobik dari Persatuan Kecerdasan Kuala Terengganu yang diketuai oleh Puan Sharifah Noor Hanisah binti Syed Hassan.  Beliau bertugas sebagai Guru di Sekolah Kebangsaan Sentol Patah, Marang, Terengganu.

Ikut cikgu semua... 1....2....3....4....5.....6






Amboi....amboi......eh...eh....eh....

Kanan ke kiri cikgu..... ?

Dah habis da....





Tak tahan aku.....sakit pinggang......dibuatnya... keluar dulu la..

Eh...eh....eh.... goyang pak..... Dapat kecikkan perut cukup la....



Jurulatih Senamrobik - Puan Sharifah Noor Hanisah binti Syed Hassan


Hidang nasi dagang dan kueh mueh....selepas senamrobik.




Aktiviti berterusan sebeginilah perlu diteruskan demi untuk menjaga kesihatan selain daripada merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara keluarga Kg. Medan Jaya. Syabas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...