Jumaat, 20 Mei 2011

Pemuda UMNO Dan Perkasa Sabotaj Demo AMK


KUALA LUMPUR, 20 Mei — NGO Perkasa akan meneruskan perhimpunan aman mempertahankan Kumpulan Utusan di ibu pejabat akhbar tersebut petang ini walaupun tampa kehadiran AMK yang melaporkan membatalkan demo di saat saat akhir.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadlian (AMK) Rozan Azen Mat Rasip berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan perhimpunan hari ini kerana mahu memberi tumpuan ke atas penyerahan memorandum di Kedutaan Australia berhubung isu loji pemprosesan nadir bumi Lynas.


“Kita tidak batalkan, cuma tangguhkan atas dua faktor, yang pertama kerana kita mahu beri lebih tumpuan untuk menjayakan perhimpunan aman mengenai pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Kedutaan Australia dan kalau ikut perancangan ia diadakan serentak dengan perhimpunan di Utusan Malaysia.

“Jadi selepas mengambil kira semua aspek dan pertimbangan AMK memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan di Utusan Malaysia selain kemungkinan kita akan berdepan dengan tindakan sabotaj Pemuda Umno dan Perkasa yang juga akan berada di lokasi sama,” katanya.

Justeru kata beliau, adalah lebih baik sekiranya pihak menyertai perhimpunan aman dan penyerahan memorandum di Kedutaan Australia daripada berdepan dengan Pemuda Umno dan Perkasa di pejabat Utusan Malaysia.

“Ini adalah sabotaj Pemuda Umno dan Perkasa, kenapa mereka mahu buat perhimpunan pada waktu sama dengan kita? Baik kami fokus di Kedutaan Australia, tarikh baru kami akan tentukan kemudian,” katanya.


AMK Tidak Gentar Dengan PERKASA Tapi Bachol Lari Bila Sampai Waktunya.  Ni lah hal jelas kepada kita bahawa PKR adalah parti Penakut Bachol tahap banjingan. Dari pemimpin sampailah kepada yang ahli bawahan semua pengecut dan bachol. Depa hanya berani dalam masjid je.


Anwar Ibrahim nak serah DNA pun takut, nak SAMAN pun takut, Nak buat ujian Poligraf pun takut apa yang Anwar Brahim tak takut? Semua dia takut so anak anak PKR pun jadi lah macam Nuar Penakut dan Bachol!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...