Jumaat, 25 Mac 2011

Pasar Baru Bandar Marang

PASAR BESAR MARANG
menjadi kebanggaan seluruh penduduk Marang 


Penduduk Bandar Marang dan sekitarnya akan mendapat kemudahan untuk mendapatkan keperluan harian yang lebih selesa dengan siapnya Pasar Bandar Marang baru yang dijangka beroperasi sepenuhnya Mei ini.

Pasar 2 tingkat ini dilengkapi dengan berbagai kelengkapan dan kemudahan kepada peniaga dan pengunjung serta laluan khas ke tingkat atas untuk mengangkut barangan dan juga orang kurang upaya(OKU).
Projek yang bernilai kira-kira RM 2 Juta yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Marang ini mampu mengatasi masalah bilangan peniaga dan pembeli yang kian bertambah yang akhirnya akan meningkatkan kegiatan ekonomi di Bandar Marang.

Pasar baru serba moden yang terletak di Marang Waterfront juga akan menggamit pelancong dalam dan luar negeri untuk mendapatkan barangan makanan serta cenderahati buatan tempatan.

Bagi menampung keperluan peniaga, Majlis Daerah Marang telah membina ruang niaga tambahan khusus untuk penjual buah-buahan di samping petak-petak untuk peniaga kecil-kecilan yang beroperasi 2 kali seminggu iaitu pada hari Sabtu dan Rabu

Projek yang kini dalam proses penyiapan terakhir ini akan menjadi satu lagi mercu tanda di Marang Waterfront dan inilah hasil perjuangan pemimpin sejak sekian lama serta keprihatinan Menteri Besar Terengganu kini yang berjiwa rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...