Jumaat, 25 Mac 2011

Majlis Interaksi Bersama Nelayan Marang


Majlis Interaksi Nelayan bersama Pengarah Perikanan Terengganu telah diadakan di perkarangan pejabat Perikanan Daerah Marang pada 24 Mac 2011 mulai jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.  Turut hadir menyerikan majlis Pegawai Pembangunan DUN Daerah Marang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Operasi APMM Daerah Kuala Terengganu Kpt. Mohamad serta beberapa pegawai-pegawai dari Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Marang.


Seramai lebih kurang 100 orang nelayan seluruh Daerah Marang hadir di majlis tersebut.  Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi masalah-masalah yang menghantui nelayan-nelayan persisir pantai serta pemeliharaan ikan sangkar.  Majlis interaksi ataupun dialog telah diadakan didalam suasana yang begitu ceria serta menunjukkan titik-titik persefahaman dalam mencari penyelesaian kemelut yang dihadapan oleh nelayan.

Pegawai Pembangunan DUN Daerah Marang juga telah menyuarakan beberapa usul  yang perlu diambil tindakan dengan kadar segera kepada Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Tuan Haji Zakaria, agar segala permasalahan yang dihadapi dapat diatasi.  Diantara usul-usul yang dikemukakan ialah Kad Nelayan, Lesen Bot Persisir Pantai, Mini Kilang Air Batu serta subsidi yang diberi kepada nelayan-nelayan laut dalam yang memiliki lesen kelas C. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...