Rabu, 15 Jun 2011

Anwar Pergunakan Bersih 2 Untuk Alih Tumpuan Kes Bicara Liwatnya



KUALA LUMPUR 13 Jun — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempergunakan demonstrasi jalanan pada 9 Julai ini untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap kes yang sedang dihadapi. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin menyatakan bahawa demonstrasi jalanan yang dicadang itu mungkin berhubung kait dengan perbicaraan kes liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim. “Demonstrasi Bersih 2 mempunyai niat jahat dan mempunyai agenda lain, kita jangan lupa Anwar Ibrahim akan berhadapan dengan pembelaan, saya kenal Anwar Ibrahim , Anwar akan berhadapan dengan pembicaraannya 16 Julai.


 “Masa itu dia kena bagi keterangan, dia kena justifikasi pembelaaan alibi (pembicaraan kes liwat membabitkan Anwar dengan Mohd Saiful Bahri) di situ kena beri (keterangan) yang di bawa ke mahkamah, DNA dan lain-lain, bersama seorang saksi orang yang paling dicintai (isterinya) Wan Azizah. Dia tidak konfiden Wan Azizah boleh berdiri dalam kandang saksi nanti,” katanya kepada UMNO-Online di sini. Menurutnya, perancangan mengadakan demonstrasi jalanan itu adalah antara usahanya untuk alih tumpuan kerana Anwar berada dalam keadaan tertekan dan cuba mencari cara lain. 

Demonstrasi jalan antara agenda tertentu untuk mengadakan himpunan, orang yang sudah terdesak, tersepit yang perlu mencari jalan keluar, dalam mengenali dia dan penglihatan saya sendiri, saya tahu dia ada agenda sendiri, mungkin Pas pun tidak tahu, dan saya cukup yakin Pas tidak tahu tindak tanduk Anwar,” katanya. Zulkifli berkata 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...