KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia selepas menerima rawatan daripada seorang bomoh wanita warga Thailand di Pulau Rusa, Kuala Terengganu, di sini malam Rabu.
Lelaki berumur 26 tahun itu dihantar ke rumah bomoh berkenaan oleh bapanya untuk berubat pada 7.45 malam, dan bomoh wanita berusia 43 tahun itu kemudian memaklumkan bahawa pesakit itu terkena buatan orang.
"Semasa rawatan, bomoh itu menyuruh mangsa meminum beberapa balang air sebelum menyumbat mulutnya dengan hos sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Setelah itu, bomoh tersebut memberitahu bahawa dia telah berjaya mengeluarkan penyakit mangsa dan menyuruh bapa mangsa membawa anaknya itu ke hospital," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan kepada pemberita Khamis.
Bagaimanapun, sebaik dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada 12.30 tengah malam, lelaki itu disahkan telah meninggal dunia.
Ekoran laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada 2.15 pagi, polis menyerbu rumah bomoh itu tetapi dia bersama suaminya, yang berusia 33 tahun dan berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, telah melarikan diri.
Manoharan berkata dalam serbuan itu polis merampas beberapa barang yang digunakan untuk merawat mangsa.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu supaya menghubungi mana-mana balai polis.
Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat
BalasPadam-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura
Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...
WhatsApp +62 822 4631 1483