Kuala Terengganu, 11 Mei- Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad bin Said menyelar sikap pemimpin dan penyokong Pas yang tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang lain.
Beliau berkata, Pas sentiasa "mengacau" setiap kali UMNO mengadakan majlis atau program dengan memasang bendera parti itu di kawasan berkenaan diadakan.
Katanya, perkara ini turut berlaku sewaktu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak melawat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Manir baru-baru ini.
Beliau berkata, orang Pas turut memasang bendera parti itu ketika Perdana Menteri melawat dua kawasan tersebut.
"Selama ini kita (orang UMNO) tidak pernah kacau orang Pas",katanya di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah menzalimi dan membohongi rakyat.
Beliau berkata, istilah "rakus" dan "zalim" berhubung isu pengambilan balik tanah di kawasan Ladang sengaja ditimbulkan oleh Adun Pas yang keliru dengan perkara sebenar.
“Tindakan kerajaan negeri mengambil balik tanah di kawasan Ladang sebenarnya bertujuan menjaga kepentingan hak Orang Melayu. Kerajaan negeri mengambil balik tanah Orang Melayu di kawasan itu bagi memastikan mereka masih boleh di kawasan bandar dan tidak terpinggir dari arus pembangunan perdana.
"Kerajaan negeri menetapkan dasar 50 peratus daripada premis perniagaan yang akan dibina di kawasan Ladang akan dipegang oleh Tabung Amanah Warisan. Manakala 30 peratus lagi akan dijual kepada Orang Melayu. Ini bermakna pegangan Orang Melayu di kawasan itu berjumlah 80 peratus", ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan