Isnin, 9 Mei 2011

UMNO Terengganu Kuat Dari Segi Penyatuan, Organisasi


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Barisan Nasional mampu merampas kembali Selangor dari pembangkang jika semua anggotanya bersatu dan tidak mementingkan kedudukan.

Beliau berkata kekalahan BN ketika tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008 harus dijadikan iktibar bagi memperbaiki kelemahan parti.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata perkara sedemikian pernah berlaku di Terengganu ketika BN cuba merampas semula negeri berkenaan dari PAS.


"Walaupun Terengganu tempat tradisi PAS, kita berjaya kalahkan PAS, dan waktu tsunami politik melanda, Terengganu selamat kerana kita dah bina satu sistem yang kuat bukan sahaja dari segi penyatuan, tetapi juga cara kita berorganisasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Kapar kelmarin.

Di Kuala Lumpur, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mengingatkan anggota parti itu agar menyelesaikan masalah dalaman dengan baik bagi memastikan parti berkenan mendapat sokongan padu pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata jika dibiarkan, masalah dalaman parti boleh menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti.

"Bimbang saya bahawa yang mengalahkan kita di Manik Urai bukan kerana PAS, yang mengalahkan kita di Kedah bukan kerana PKR, yang mengurangkan kerusi kita di Perak bukan kerana kuatnya PAS atau PKR, begitu juga di Kelantan.

"Tetapi masalah dalaman yang ada di dalam parti itu, sehingga mereka sanggup tidak turun mengundi untuk memberi sokongan kepada parti yang mereka sertai seperti UMNO," katanya semasa merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kepong kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...