Sabtu, 14 Mei 2011

Kursus Memantapkan Guru-Guru KAFA Kawasan Parlimen Marang


Melaka  12 MEI 2011 - Kursus memantapkan guru-guru KAFA bagi Parlimen Marang, Terengganu telah diadakan di Hotel Seri Costa, Melaka.  Kursus telah dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu.  Seramai 195 orang peserta telah hadir dimana kursus bermula pada 12 - 14 MEI 2011.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kefahaman guru tentang dasar-dasar kerajaan dan isu semasa selain melahirkan guru yang berpengetahuan dan sentiasa peka dengan perkembangan terkini.  Juga memastikan guru-guru sentiasa memahami tugas dan peranan masing-masing bagi menentukan keberkesanan pengajaran guru-guru kepada pelajar-pelajar.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Dalam ucapan yang disampaikan, YBhg. Tuan Haji Nik Dir telah menyuarakan agar semua peserta-peserta kursus memahami sepenuhnya objektif kursus yang akan disampaikan oleh beberapa orang penceramah yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka di negara seperti Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Ruslan Kassim, Sheikh Ismail.

Rakaman gambar yang dirakamkan semasa majlis perasmian:

Dari kiri: En. Anuar Yahya (APMT - Parlimen Marang), Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku,
En. Ismail (APMT - Terengganu)












Urusetia Kursus

Urusetia Kursus








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...