Sabtu, 11 Jun 2011

BANTUAN KEBAJIKAN - KEBAKARAN QUARTERS POLIS IPD MARANG


Marang 11/06/2011 - Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah membuat kunjungan serta menyampaikan sumbangan wang tunai keatas mangsa kebakaran di Perumahan Polis IPD Marang.  Didalam kejadian yang berlaku, hampir keseluruhan pe-ralatan rumah milik pasangan anggota polis berpangkat sarjan di Tingkat 1, Perumahan Polis  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, musnah dalam kebakaran,   pada 09/06/2011 jam lebih kurang 4.00 petang.
Pasangan terbabit, Sarjan Abdul Zaini Abdullah, 50, dan Sarjan Rohana Idris, 48, tidak menyangka akan kehilangan harta benda mereka sekelip mata dalam kejadian kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.




Rohana berkata, ketika kejadian, salah seorang daripada lima anaknya, Norasifa Fitri, 13, berada dalam bilik rumah berkenaan dan bergegas keluar dari rumah selepas mendengar bunyi percikan api serta letupan kecil dari arah ruang tamu. 

“Anak saya terkejut dan berlari ke luar rumah memberitahu jiran terdekat sebelum jiran terbabit bergegas keluar dari rumah dan cuba membantu memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. 




Rohana berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang iaitu ketika dia dan suami bekerja.

Menurutnya, selepas diberitahu mengenai kejadian itu, mereka berdua bergegas pulang ke rumah, namun sudah terlambat kerana ketika itu api sedang marak memusnahkan hampir keseluruhan peralatan rumah yang terdapat di ruang tamu. 

“Kami masih tidak pasti jumlah kerugian yang dialami dan punca sebenar kebakaran itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...