Sabtu, 2 April 2011

MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG


02 APR 2011 - Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM, PMR dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1, 2 dan 4 tahun 2010 serta Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 10 tahun 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan RUSILA, Marang, Terengganu.

Kedua-dua majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir dimajlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Marang, Yang Dipertua PIBG SMK Rusila.  Dianggarkan lebih kurang 100 orang ibu/bapa hadir bagi memeriahkan majlis.

Kerja ubahsuai DUN Terengganu siap


Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bakal berwajah baru apabila sidang DUN akan memulakan sidangnya pada 9 Mei depan.

Kini kerja-kerja pengubahsuaian dewan tersebut hampir siap dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bersidang dalam keadaan yang lebih selesa pada sidang dewan akan datang.

Speaker DUN, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, pengubahsuaian itu dikira perlu bagi memberi keselesaan kepada anggota dewan terutama di tempat duduk pegawai-pegawai kerajaan di bahagian belakang.

"Dewan itu sudah berusia 30 tahun dan sampai masanya ia perlu beri sedikit keselesaan kepada ahli yang semakin bertambah," katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dewan itu dimulakan Januari lalu, melibatkan peruntukan lebih RM2 juta.

Jumaat, 1 April 2011

Peningkatan jumlah pelancong domestik ke Terengganu


Kehadiran pelancong yang merosot daripada sasaran asal 3.5 juta pada tahun lalu tidak menjejaskan perancangan kerajaan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pelancongan sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata daripada jumlah berkenaan pelancong domestik masih menunjukkan peningkatan angka yang baik.

Solat Hajat dan Majlis Kesyukuran


Majlis Solat Hajat dan Kesyukuran Sempena Tiga Tahun YAB Dato' Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu telah diadakan di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi (30 Mac).

Lebih 100 jemaah hadir di majlis itu termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Haji A. Rahman Mokhtar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa pemimpin masyarakat.

JETI PENDARATAN LKIM MARANG


Dalam usaha Kerajaan serta PPD Marang untuk menaik taraf kemudahan penduduk Marang terutamanya nelayan tempatan, maka projek mereka bentuk dan menyiapkan bumbung serta tambahan jeti pendaratan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2 di Kompleks LKIM Marang, Terengganu sedang giat dijalankan.  Projek tersebut dijangkan siap dan dapat digunakan oleh para nelayan setempat dalam jangka masa yang terdekat.

Khamis, 31 Mac 2011

Kerajaan berhasrat adakan penerbangan umrah setiap bulan

Kerajaan negeri berhasrat mengadakan penerbangan menunaikan umrah secara terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada setiap bulan bagi memenuhi permintaan ramai umat Islam dari Pantai Timur yang mahu mengerjakan ibadat itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata penerbangan menggunakan Boeing 747 hanya mampu memuatkan 450 jemaah sahaja pada satu-satu masa, sedangkan permintaan di kalangan umat Islam untuk menunaikan ibadat itu semakin meningkat dari masa ke semasa.

Rabu, 30 Mac 2011

Sikap tidak bertanggungjawab peniaga

Blogger sempat merakamkan gambar seorang pengunjung tergelincir jatuh kerana licin disebabkan 
permukaan kaki lima dipenuhi dengan lumut yang tidak dibersihkan oleh peniaga terbabit

Pemandangan ditepian pantai Water Front Marang, Terengganu sungguh menghiburkan para pengunjung dan pelancung.  Tapi malangnya pemandangan yang indah telah dicemari dengan kekotoran menjijikan dan licin apabila melalui dikaki lima persisir pantai berhampiran deretan kedai makan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...