Sabtu, 2 April 2011

MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG


02 APR 2011 - Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM, PMR dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1, 2 dan 4 tahun 2010 serta Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 10 tahun 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan RUSILA, Marang, Terengganu.

Kedua-dua majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir dimajlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Marang, Yang Dipertua PIBG SMK Rusila.  Dianggarkan lebih kurang 100 orang ibu/bapa hadir bagi memeriahkan majlis.


Seramai ( 7 ) pelajar  PMR 2010 mendapat keputusan cemerlang, seorang pelajar memperolehi 8A, 7A, 3 orang pelajar memperolehi 6A dan 2 pelajar memperolehi 5A, manakala ( 9 ) orang pelajar SPM 2010 memperolehi kecemerlangan -  3 pelajar memperolehi 5A dan 6 pelajar memperolehi 4A.

Penutupan perasmian kedua-dua majlis, YBhg. Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM4,000 kepada PIBG SMK Rusila serta beberapa lagi cadangan yang perlu dibuat untuk memberi kemudahan serta keselesaan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.

YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku sedang menyampaikan ucapan

Diantara para ibu/bapa yang turut hadir dimajlis tersebut




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...