Jumaat, 1 Julai 2011

Masyarakat perlu terima fatwa


Masyarakat Islam di negeri ini diminta menerima baik setiap fatwa yang dikeluarkan Majlis Jawatankuasa Fatwa Malaysia Kebangsaan (JKF) berhubung sesuatu hukum Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan mereka seharian.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, berkata beliau cukup kesal dengan tindakan segelintir individu yang menghentam fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa kerana ia bukannya lahir daripada akal fikiran dan undang-undang, sebaliknya mengikut kata sepakat dan pandangan mufti seluruh negara.



“Program pendidikan dan penjelasan fatwa seumpama ini perlu diperbanyakkan serta diperluaskan hingga ke peringkat akar umbi supaya masyarakat Islam dapat memahami dengan jelas apa jua fatwa yang diputuskan.


“Pada masa sama dapat menghalang masyarakat daripada terpengaruh dengan pandangan-pandangan berkaitan hukum hakam daripada pihak yang tidak berautoriti,” katanya ketika berucap merasmikan Wacana Pendidikan Fatwa peringkat Terengganu di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.


Turut hadir Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Haji Mazlan Hashim, Timbalan Jawatankuasa Pengerusi Agama dan Penerangan, Haji Muhammad Ramli Nuh, Pengerusi JKF Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Abdul Syukor Husin.
Tetanu kehormat lain, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Haji Othman Mustapa dan Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim, Hajah Wan Morsita Wan Sudin.



Lebih 300 peserta wancana pendidikan itu yang membentangkan empat kertas kerja iaitu konsep hiduran dalam Islam, perbezaan insuran konvesional dan takaful, pandangan syarak mengenai kehamilan luar nikah dan penguguran serta amalan khurafat dan penggunaan jin.


Tan Sri Dato’ Dr Shukor melahirkan harapan supaya pihak berkaita terutama Jakim terus mempertingkatkan usaha ke arah memartabatkan institusi fatwa di negara ini dengan tanggungjawab membina dan memelihara generasi umat Islam ke arah yang lebih gemilang pada hari ini dan juga masa-masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...