Kunjungan mesra Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku keatas penduduk yang kurang bernasib baik (mengidap penyakit lumpuh) dikawasan Rusila, Marang, Terengganu telah diadakan pada hari ini 29 APR 2011 mulai jam 10.00 pagi. Diantara mereka-mereka itu adalah:
Kunjungan Pertama - Mohd Yusuf bin Meli, 64 tahun, pesara polis, alamat No. 3510, Taman Rashidah, Rusila, 21600 Marang, Terengganu. Beliau telah mengidap sakit lumpur sejak 30 tahun yang lalu akibat kemalangan jalanraya semasa bertugas. Tinggal bersama isteri yang juga pesara jabatan kerajaan. Mempunyai 5 orang anak dan kesemuanya telahpun berumah tangga.
Kunjungan Kedua - Encik Mohamad bin Haji Ahmad, 80 tahun, juga pesara polis tinggal dialamat no. 3658, Taman Rasidah, Rusila, 21600 Marang, Terengganu. Beliau mengalami sakit lumpur sejak 1 1/2 tahun yang lalu selepas kematian isterinya.
Kunjungan Ketiga - Encik Abu Bakar bin Abdullah, 76 tahun, seorang nelayan, tinggal di Kg. Rhu Renggeh, Rusila, 21600 Marang, Terengganu. Terlantar selama lebih kurang 1 tahun akibat sakit lumpuh yang dialaminya. Tinggal bersama isteri dan 7 orang anaknya. Menerima bantuan RM200 setiap bulan daripada JKM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan