Selasa, 5 Julai 2011

Ibu kembar lapan kini kesal punya ramai anak


LOS ANGELES (Amerika Syarikat): Seorang ibu kembar lapan mengaku berasa tertekan dengan kehidupannya sekarang dan kesal melahirkan anak seramai itu.

Cik Nadya Suleman, 36 tahun, malah berkata beliau 'bencikan' kesemua lapan bayinya itu.

Dalam wawancara terbaru dengan majalah InTouch, Cik Nadya berkata impiannya memiliki keluarga yang besar kini berubah menjadi mimpi ngeri.
Satu-satunya cara yang boleh saya lakukan ialah mengunci diri saya dalam bilik mandi dan menangis. Kadangkala saya duduk dalam bilik mandi selama berjam-jam, malah makan tengah hari di lantai bilik mandi. Apa-apa saja asalkan dapat memperoleh ketenangan dan kedamaian,' katanya.
Cik Nadya melahirkan lapan bayi kembarnya iaitu dua perempuan dan enam lelaki pada Januari 2009.
Sebelum itu, beliau pernah melahirkan enam anak.
'Enam lagi anak saya seperti haiwan. Semakin sukar dikawal kerana saya tidak mempunyai cukup masa mendisiplinkan mereka,' kata Cik Nadya.
Dalam gambar yang diambil majalah itu, seorang daripada anaknya kelihatan menjilat dinding rumahnya.
Beliau, yang turut menghadapi masalah kewangan di rumahnya di La Hambra, California, pernah terfikir membunuh diri.
Hingga kini, Cik Nadya dapat mengelak daripada dihalau dari rumah itu selama beberapa bulan lagi walaupun beliau mendapat amaran sejak tahun lalu selepas gagal membayar ansuran bulanan.
Cik Nadya berkata beliau tidak mempunyai wang dan ada kalanya tidak mampu menyediakan makanan di atas meja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...