Rabu, 4 Mei 2011

PROGRAM BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH MUKIM RUSILA, MARANG


Majlis perasmian berlangsung di Dewan Besar Masjid Nur Zahirah, Marang, Terengganu pada jam 9.30 pagi 04 MEI 2011 yang dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang - YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Penerima bantuan dari Mukim Rusila, Marang, Terengganu.

Seramai 809 orang pemohon dengan jumlah anak yang bersekolah seramai 1,376 orang pelajar dengan pecahan Sekolah Rendah Kebangsaan seramai 582 orang pelajar, manakala Sekolah Menengah seramai 794 orang pelajar.



Penyerahan wang bantuan disampaikan oleh Pihak AGRO Bank Daerah Marang dan dikawal oleh dua orang anggota polis dari Balai Polis Marang.



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...