Sabtu, 16 Julai 2011
DEWAN MASJID SULTANAH NUR ZAHIRAH MARANG KOTOR !!!!
Marang - Gah dengan keindahan serta nama yang begitu tidak asing lagi bagi penduduk Daerah Marang maupun diluar daerah. Namun dalam keindahan yang terserlah dicemari dengan kekotoran yang amant sangat bagi pengunjung-pengunjung yang datang ke Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah ditingkat bawah. Mosac yang begitu cemar dan begitu kotor dan menjijikkan. Adakah begini caranya kebersihan yang diamalkan oleh jawatankuasa pentadbiran masjid tersebut?
Jumaat, 15 Julai 2011
Pelajar Terengganu Sertai Perhimpunan Haram 9 Julai Di Kaherah
KUALA TERENGGANU: Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.
Khamis, 14 Julai 2011
SPR Tidak Tunduk Desakan PAS
PETALING JAYA: Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak termasuk PAS berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata PAS sepatutnya memastikan memorandum tuntutan Bersih diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin terlebih dahulu sebelum menggesa suruhanjaya itu tunduk kepada desakan mereka.
Rabu, 13 Julai 2011
KEPULANGAN PPPD DUN RHU RENDANG DARI MENGERJAKAN UMRAH
Marang - Kepulangan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta keluarga daripada mengerjakan UMRAH di Tanah Suci Mekah disambut mesra seanak saudara serta rakan-rakan karib di Lapangan Terbang Sultan Mahmud tepat jam 8.45 malam 12/07/2011. Beliau begitu gembira dan mengatakan keadaan kesihatan beliau serta ahli keluarga semasa di Tanah Suci Mekah dalam keadaan sihat walafiat.
Selasa, 12 Julai 2011
Pelajar UMT Didakwa Hina Lagu Negaraku

KUALA TERENGGANU, 11 Julai (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.
Isnin, 11 Julai 2011
Tahniah..Melayu Ungguli Carta !

Melayu..bangsa yang satu ketika dahulunya gah di persada dunia. Kehebatan Melayu dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia. Melayu terkenal dengan keberaniannya, Melayu hebat dengan pelayarannya, Melayu terkenal dengan adab sopan-santunnya, Melayu hebat dengan budi bicaranya.
Anwar petualang negara
KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.
Ahad, 10 Julai 2011
Penganjur Perhimpunan Haram Tidak Hormat Titah Agong

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penganjur perhimpunan haram di ibu negara Sabtu ternyata tidak menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong agar perhimpunan diadakan di sebuah kawasan yang terkawal, selamat dan tidak mengganggu urusan orang ramai seperti di stadium, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Langgan:
Catatan (Atom)