Sabtu, 9 April 2011

Kerajaan belanja lebih RM6 bilion dalam tempoh tiga tahun



Kerajaan Terengganu pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said membelanjakan lebih RM6 bilion bagi membiayai pelbagai program dan projek untuk rakyat Terengganu dalam tempoh tiga tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, YB Encik Yahya Khatib Mohamad berkata, perbelanjaan yang besar ini digunakan kerajaan bagi membela nasib rakyat selaras dengan konsep “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri”.

Berwaspada dengan telor ayam PALSU !!!!

GEORGE TOWN – Pejabat Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri bertindak merampas sebanyak 270 biji telur ayam yang dipercayai tiruan di tiga buah premis di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK kira-kira pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 90 biji telur ayam ditemui di setiap premis tersebut.

Jumaat, 8 April 2011

Suami menghilangkan diri dirayu pulang

RHU RENDANG - Sebuah keluarga dari Rumah Murah Darat Pak Chan, dekat sini dirundung kebimbangan berikutan ketua keluarganya keluar dari rumah hampir dua minggu lalu tanpa sebarang khabar berita. 

Suami Fatimah Ibrahim, 62, Sana Ismail, 72, dilaporkan keluar dari rumahnya sejak 25 Mac lalu dan sehingga kini masih belum pulang menyebabkan Fatimah dan sembilan anaknya bimbang memikirkan keselamatannya. 

“Pada hari pertama dia hilang, saya tiada di rumah kerana keluar membantu seorang penduduk membuat persiapan untuk mengadakan kenduri, sejak itu dia tidak pulang-pulang. Saya bimbang keselamatannya sebab ini kali pertama dia keluar sebegini lama.

TM laksana program khas di Terengganu


Tertarik dengan populariti dan penonjolan kepimpinan kerajaan negeri yang sentiasa kehadapan dalam banyak perkara, Telekom Malaysia (TM) Berhad telah memilih Terengganu untuk melaksanakan program 'Broadband Lifestar Showcase'.

Pengurus Besar TM Terengganu, Haji Badrul Hisham Bahari berkata, program khas yang julung kali dilaksanakan di luar lembah Klang itu akan berlangsung di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman selama dua minggu bermula 1 Mei depan.

Khamis, 7 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Gasing - Kelas Maya




Marang 7 APR 2011 - Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah merasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8 Tahun 2011 serta Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang, Terengganu.

Majlis berlangsung di Dewan Al-Ghazali yang dihadiri Wakil Peg. Pelajaran Daerah Marang, Yang DiPertua PIBG, Guru Besar serta lebih kurang 100 orang ibu/bapa.

Kerajaan berjaya selesai 94.79 peratus permohonan tanah haram


Kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 9,399 kes permohonan tanah haram daripada 9,916 permohonan yang diterima atau 94.79 peratus dan baki 517 lagi akan diproses tahun ini.

Murid cedera diserang anjing -mungkin berlaku di SMK Rusila Marang

RAFIQ (depan) menunjukkan kesan kecederaan akibat digigit dan dicakar anjing sambil diperhatikan oleh Rafie di Kota Tinggi semalam.
KOTA TINGGI – Seorang murid tahun tiga cedera di seluruh badan dan hampir putus telinga kanan selepas diserang empat ekor anjing berhampiran rumahnya di Kampung Panti di sini Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Muhammad Rafiq Abdul Rashid, 9, dan kembarnya, Muhammad Rafie sedang bermain tidak jauh dari rumah mereka sebelum empat ekor anjing peliharaan jiran mereka terlepas lalu menyerang mangsa.
Rafie berjaya melarikan diri tetapi Rafiq terjatuh lalu digigit dan dicakar di bahagian belakang badan.

Rabu, 6 April 2011

T-Team menyengat di padang sendiri


Perlawanan Liga Super 2011 semalam (5 April) di antara T-team dan Kelantan menyasikan kemenangan T-team dengan keputusan 3-1. 

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu ini memberi sengatan kepada pasukan tuan rumah membolosi gol lawan melalui jaringan 2 gol bergaya Nor Farhan dan Zairo Anuar pada separuh masa pertama. 

Selasa, 5 April 2011

Sumbangan WAKAF untuk nelayan berihat


Keprihatinan Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang terus diperhebatkan demi untuk membantu serta membela para nelayan persisir pantai Daerah Marang, telah memberi sumbangan untuk membina sebuah Wakaf Baru berhadapan dengan Pejabat Persatuan Nelayan/LKIM Marang. Wakaf tersebut digunakan sepenuhnya oleh para nelayan yang baru balik daripada laut atau sebaliknya bagi menghilangkan penah lelah bersama rakan-rakan.

EKSLUSIF 18SX Video Porno Seks Di Dedahkan - Siapa Aktor nya




 

Nantikan sambungannya.......

So apa kata anda? He he he - posted by PAPAGOMO

Isnin, 4 April 2011

PERJUMPAAN BERSAMA GURU-GURU SMK DALAM DUN RHU RENDANG

Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku

Pada 03 APR 2011, mulai jam 8.30 malam, Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan majlis perjumpaan bersama guru-guru sekolah menengah dalam DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu dengan kerjasama Agensi  Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu.    Majlis telah diadakan di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu.

Ahad, 3 April 2011

Sukan Bertaraf Dunia Mampu Jana Ekonomi

Tengku Sri Laksamana Raja bersama Menteri Besar diperhatikan Dato' Abdul Rahin ketika merasmikan Terengganu World Invitational Jetrace Challenge (TWIJC) 2011, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu,

Penganjuran pelbagai program dan sukan bertaraf antarabangsa mampu meningkatkan graf kedatangan pelancong asing ke Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...